Pengikut

Isnin, 16 Disember 2013

MENTERI MUDA KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK DIROMPAK

KUCHING 16 Dis. - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini. Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit. "Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu. "Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini. Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek. "Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - BERNAMA

SELAMAT TINGGAL



Kebersamaan adalah hal yang paling membahagiakan dalam hidup, hidup berdampingan dengan orang yang kita sayangi adalah hal yang kita harapkan di hidup ini, namun setiap tahap kehidupan kita selalu berhadapan dengan dua hal yang tak terpisahkan, susah dan senang, bersama dan sendiri, perjumpaan dan perpisahan, silih berganti dalam hidup kita seperti malam dan siang. Tak semua orang bersedia menghadapi perpisahan, karena perpisahan selalu membawa air mata dan kepedihan, tetapi kita boleh melalui itu semua kerana perpisahan tidak selamanya menyakitkan dan tidak selamanya perpisahan berbuah penyesalan. Ada hal-hal yang perlu kita perhatikan seperti berikut ini :

 1. Ada yang lebih baik
Jika kita berpisah itu artinya masih ada yang lebih baik untuk kita, mungkin kita dapat bertemu penggantinya secepat mungkin atau mungkin memerlukan beberapa waktu, semua bergantung pada hati kita terhadap yang baru (penggantinya)

 2. Lebih baik perpisah daripada saling menyakiti
 Jika setiap kali bersama yang ada hanya amarah dan perselisihan bukankah lebih baik berpisah, dan hidup yang selalu diwarnai dengan amarah boleh menyebabkan depresi atau tekanan batin, daripada terjadi hal-hal yang buruk yang merosakksn fizikan dan mental bukankah lebih baik berpisah.
3.Lebih baik sendiri
Mungkin setelah sekian lama bersama yang ada hanya perselisihan dan perbezaaan pendapat, bukankah lebih baik mengakhiri hubungan dan hanya bersendiri saja,itu lebih baik


4.sedar kekurangan diri.
mungkin jika masih bersama kita kurang melihat apa yang terjadi dengan diri kita atau dengan hubungan kita, kerana terkadang yang diperlihatkan adalah yang baik-baik dan manis-manis saja, dan setelah berhadapan dengan konflik baru terlihat yang diluar dugaan, bila hal itu terjadi alangkah baiknya intropeksi diri dan mulai belajar memahami lebih baik, mendengar lebih baik sebelum memutuskan sesuatu.


 5. semangat berdikari
kadang tanpa kita sedari kebersamaan kita membuat kita menjadi sangat bergantung, apa-apa kita serahkan kt sahabat kita, hal ini kadang membuat kita menjadi begitu bergantung dan mengharapkkan, hal ini jelas kurang baik bagi kehidupan kita, oleh karena itu kadang perpisahan mengajarkan kita untuk menjadi berdikaridan lebih kuat dari sebelumnya. Jadi sebenarnya perpisahan bukanlah hal yang buruk jika memang kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya. Biarlah hidup itu terus berjalan dengan atau tanpa dia di sisi, karena kadang perpisahan mengajarkan kita kedewasaan dan percaya pada diri sendiri bahwa ternyata kita tak selemah yang kita bayangkan ketika si dia tak lagi di sisi.