Pengikut

Ahad, 19 Ogos 2012

ASTANA NEGERI SARAWAK,PETRA JAYA

 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin 
serta
 isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah 









TYT anjur rumah terbuka di Astana

Posted on August 17, 2012, Friday
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana, Petra Jaya di sini pada Hari Raya pertama dan kedua.
Pada Hari Raya pertama, mereka akan menerima kunjungan daripada orang kenamaan dan tetamu kehormat tempatan yang lain bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Pada Hari Raya ketiga, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang di kediaman mereka di No.88, Sri Impian, Jalan Temenggong, Matang.
Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah seterusnya akan membuat lawatan ke atas orang kenamaan tempatan dan sahabat mereka di sekitar Kuching pada Hari Raya ketiga manakala di Sibu, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka di Rumah Rehat Kerajaan Sri Rajang pada 30 Ogos dari jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Selain itu, Tun Salahuddin dan Toh Puan juga akan turut membuat kunjungan Hari Raya ke atas orang kenamaan dan sahabat mereka di Miri.
Orang ramai yang ingin mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya TYT dinasihatkan agar berpakaian sesuai dan tidak menggunakan seluar jeans, baju-T dan selipar.



Ahad, 19 Februari 2012

DESTINASI SETERUSNYA : ALAM PERKAHWINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan.
Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari dosa.Apalah salahnya berkorban untuk sesuatu yang mungkin berlaku sekali seumur hidup kita ni. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, “Adakah semuanya sudah tersedia? Persediaan perkahwinan, mas kahwin, hantaran KAIN-KAIN UNTUK SETIAP AHLI KELUARGA MEREKA SEPERTI AYAH,IBU,DATUK,NENEK,MAKCIK,PAKCIK,ADIK BERADIK DAN JIRAN-JIRAN PIHAK PEREMPUAN dan tok kadi”. Kalaulah ada iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan Online seperti sekarang, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah. Tok kadi? Alamak! Sudah bersediakah aku nak bersoaljawab dengan tok kadi masa akad nikah ni nanti? Bila mendengar pengalaman dan usikan kawan-kawan, sesiapa sahaja pasti berdebar-debar bila memikirkan cara nak berhadapan dengan Tok Kadi ni. Hmm..tersenyum sendiri aku.. “kata nak menempuh alam perkahwinan, perlu lah penuhkan ilmu di dada”. Sambil-sambil tu minta lah juga tips atau petua alam perkahwinan dari mereka yang berpengalaman. Buat bekalan bagi menempuh alam rumah tangga

Dengan sekali lafaz, akad ijab dan kabul berjaya dilaksanakan. Maka, secara rasminya telah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yang selama ini diimpikan setiap insan bercinta. Maka, secara rasminya juga gelaran pun berubah menjadi suami dan isteri serta bakal menjadi ayah dan mama kepada anak-anak kami nanti. Kini baru ku tahu betapa indahnya alam selepas kahwin. Makan minum berjaga, menjadi lebih bertanggungjawab dan berpendirian dan yang paling penting ada tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang secara halal. Secara halal? Hmm..faham-faham sajalah..
Dalam perkahwinan, kehadiran anak-anak dianggap anugerah dan pengikat kasih sayang hidup berkeluarga. Tanpa anak-anak, hidup berkeluarga pasti bagaikan tidak lengkap. Sunyi, sepi, bosan, iri hati dan sebagainya pasti akan menyelubungi hati. Apatah lagi bila melihat keceriaan dan kebahgiaan orang lain di sekeliling kita. Jauh di sudut hati pasti menginginkan perasaan ceria dan bahagia seperti itu. Melihat anak-anak membesar, bersekolah, seterusnya berumahtangga bagaikan kitaran kehidupan yang pasti akan menyentuh hati dan perasaan kita dalam menilai erti pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita selama ini. Pengalaman inilah yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Tuhan sekaligus menjadi pedoman agar kita lebih menghargai erti sebuah perkahwinan.
Harapan setiap insan yang berkahwin agar kebahgiaan alam perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu. Berikan anak-anak kita contoh yang baik agar mereka dapat mewarisi kebahagiaan yang kita nikmati. Bukan setakat dapat menyambung zuriat malah salasilah keluarga bahagia dapat dikembangkan seantero dunia.
Kepada yang masih bujang dan ragu-ragu untuk menempuh alam perkahwinan, tekadkan dalam hati dan percaya bahawa kebahagiaan pasti akan dimiliki dan bukanlah hanya indah khabar dari rupa. Alam perkahwinan juga umpama kain putih, kita lah yang akan mencorakkan warna-warni keindahan alam perkahwinan kita dan menentukan hala tuju kita dalam sebuah perkahwinan. Pasti ramai yang telah menikmatinya akan bersetuju, betapa indahnya alam perkahwinan.
Sekian, secebis kisah betapa indahnya alam perkahwinan.