Pengikut

Ahad, 18 Januari 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA : Taman Eko-Rimba (TER) Lata Kinjang

Air terjun bertingkat ditambah aliran air yang bebas pencemaran dari Banjaran Titiwangsa menjadikan Taman Eko-Rimba (TER) Lata Kinjang, Tapah, Perak yang dahulunya dikenali kawasan perkelahan Lata Kinjang kian menjadi tumpuan orang ramai.
Air yang mengalir melalui takat terjun membentuk kolam kecil secara semula jadi dan memberi keselesaan kepada pengunjung menikmati kesegaran serta kesejukan air terjun. 

Tanpa membuang masa, penulis dan rakan-rakan menghabiskan masa dengan mandi-manda sambil mencuci mata melihat persekitaran yang indah. Aktiviti kami diselangi dengan menjamah makanan ringan.
Pastinya kami berasa teruja apabila berpeluang merasai pengalaman menikmati keindahan alam sambil mendengar bunyi unggas rimba. Pengunjung juga boleh mandi di dalam kolam yang dibina di setiap aras air terjun. Penulis dan rakan-rakan berbual sambil berendam di dalam air yang sejuk dan menyegarkan, tambahan pula ketika itu cuaca agak panas.
Bagi yang berkeluarga, banyak pondok disediakan di bahagian bawah yang boleh digunakan sebagai tempat berkelah atau berehat. Pengunjung juga tidak akan sesat kerana banyak papan tanda menunjukkan arah ke air terjun itu, selain berasa selesa dengan keadaan jalan raya yang sudah dibaikpulih.
Antara kemudahan lain yang disediakan di kawasan air terjun adalah surau, tandas awam serta gerai menjual makanan, minuman dan kedai cenderamata.
Menjelang senja, kami bertolak ke pekan Chenderiang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan perjalanan ke port klang...







Sabtu, 17 Januari 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA : CAMERON HIGHLANDS

Cameron Highlands atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat peranginan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negeri yang kaya dengan khazanah hutan semula jadinya. Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan bersuhu antara 100c hingga 200c. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.

Pengunjung boleh tiba di Cameron Highland dengan melalui simpang laluan dari TapahPerak. Jalan dari Simpang Pulai,Ipoh juga boleh digunakan untuk ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musangdi Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung BrinchangTringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah di sini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain-lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Farm, Pasar Sayur, Uncle Sam Farm, Cactus Point, Tokong Sam Poh, Cactus Valley, Strawberry Farm, pelbagai hotel, resort dan rumah rehat serta padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sana juga terletaknya Gunung BerembanGunung JasarGunung Perdah dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialahRinglet danKampung Lembah Bertam. Stesen Janakuasa Elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal tenaga elektrik utama untuk penduduk disana.


















Ada banyak hotel-hotel yang boleh dipilih di Cameron Highland yang bersesuaian dengan budget masing-masing. Saya memilih hotel Country Lodge Resort kerana:
  1. Sebab utama adalah lokasi hotel di Brinchang yang sengaja dipilih kerana pelbagai kemudahan yang terdapat di Brinchang (kedai runcit, kedai makan, masjid dll) dan yang paling utama ialah kerana dari hotel ini anda boleh berjalan kaki untuk ke Pasar Brinchang yang wajib dilawati jika pergi ke Cameron Highland. Terdapat pelbagai tarikan di pasar malam ini dengan suasana yang sentiasa meriah di sepanjang musim percutian. Jika hotel berjauhan, anda mungkin terpaksa menempuh keadaan trafik yang sangat teruk untuk sampai ke sini yang merugikan masa dan stressful;
  2. Budget di bawah RM300 semalam menerhadkan pilihan yang ada kerana waktu percutian adalah ketika super peak (musim cuti sekolah akhir tahun di antara Krismas dan New year). Normal rate RM98.00 semalam naik sehingga RM258.00 semalam. Oleh itu, jika anda mempunyai pilihan untuk bercuti di luar waktu sekolah, saya cadangkan anda berbuat demikian. Perkongsian saya ini adalah untuk mereka yang tidak mempunyai pilihan Smile.
  3. Khidmat pelanggan yang baik dengan kemudahan parking yang mencukupi.
  4. Rekabentuk yang cantik (neo-tudor design) yang memberikan suasana percutian yang unik.








 

 










LADANG STRAWBERI

Ladang Strawberi juga satu lagi daya tarikan pengunjung ke Cameron Highlands. Kalau dulu
penanaman strawberi hanya boleh kita lihat di Eropah tetapi sekarang tidak perlu ke negara luar
untuk melihat pokok strawberi kerana di Cameron Highlands ,terdapat banyak ladang strawberi
termasuklah di Tanah rata dan juga Brinchang. Antara ladang-ladang yang boleh anda kunjungi ialah
Kasimani’s Strawberry farm, KHM Strawberry, EQ Strawberry farm, Health Strawberry farm,
Raju’s Hill Strawberry farm dan juga Big Red Strawberry Farm. Ada beberapa buah pemilik ladang
yang membenarkan anda memetik sendiri buah strawberi dengan kadar bayaran tertentu. Pengalaman
ini tentunya sangat berharga buat anda yang pertama kali datang ke sini











LADANG LAVENDER

 Kami singgah ke Lavender Garden, Cameron Highland yang terletak di Tringkap ke arah Brinchang. Kalau melalui Simpang Pulai, Lavender Garden ini terletak di sebelah kanan anda. Lavender Garden ini merupakan taman bunga,dengan lanskap yang sangat menarik dan kreatif. Antaranya bunga yang ditanam adalah bunga Lavender, Daisy sunflower dan chrysanthemum. Alhamdulillah, masa saya pergi ni kebanyakan bunga sedang tumbuh mekar dan memang sangat memukau.


 



 
 

PASAR MALAM

Akhirnya merasa gak aku sampai kat Pasar Malam Pekan Brinchang ni... best weh jalan-jalan sini... suasana sejuk tu yang best sebenarnya... orang kata Cameron Highland dah tak sejuk kann.. ehh tak laaa... sejuk jer cuma tak gigil...

Hari pertama sampai ke Cameron Highland memang target taknak melawat kemana-mana lagi... cuma nak bermalas-malasan kat Pekan Brinchang tu jer... pusing-pusing area situ then nak jenjalan pasar malam...Gambar tak amek byk sbb batery camera wat hal...












Isnin, 12 Januari 2015

TENTANG SESUATU.........

Persahabatan itu tidak selamanya indah. Ada kalanya masa-masa dimana suatu persahabatan terasa amat penting, dan menyenangkan. Pada saat-saat seperti itu kita selalu mengagung-agungkan persahabatan itu sendiri dan menganggap bahawa sahabat adalah segalanya. Namun tidak kurang juga persahabatan itu diuji sedemikian rupa dengan berbagai masalah. Sebahagian orang memilih untuk lari dari masalah tersebut hingga persahabatannya terkandas karena ego sahabat yang lebih memilih untuk tidak ambil kisah, dan beranggapan ”ya…mungkin jodohnya sampai di sini saja, sahabat boleh dicari lagi”. Sebahagian lagi memilih untuk menyelesaikan permasalahannya karena beranggapan “Mereka (sahabat) itu berharga dan harus dipertahankan, teman memang senang dicari, sedangkan sahabat amat sulit ditemukai”. Aku sendiri tengah merasakan betapa persahabatanku dengan sahabatku sedang diuji. Masalah peribadi, ego, dan kesalahpahaman terus-menerus mewarnai persahabatan kami. Kadangkala aku ingin lari dari masalah ini atau hanya bersembunyi hingga semua masalah selesai. Tapi aku sedar jika hal tersebut sangatlah tidak dewasa dan egois. Bagaimana aku dapat menyelamatkan persahabatan ini jika aku sendiri lari?Tapi permasalahan yang aku hadapi saat ini seakan bertubi-tubi dan tiada ujungnya. Aku cuba untuk kuat dan tidak menangis ataupun meratapinya karena aku tau bahawa ini adalah ujian dari Tuhan akan seberapa kuatnya persahabatan kami dan pelajaran untuk menjadi semakin dewasa. Namun rasanya sangat sulit ketika kau harus tersenyum sehari dan menderita di hari berikutnya, dan terus menerus seperti itu. Tetapi, aku selalu cuba kuat dengan mengingati saat-saat indah yang aku dan sahabatku lalui. Saat-saat yang tidak mungkin hilang dari memori hingga bila-bilapun. Aku selalu berkata pada diriku sendiri untuk tidak lagi terlalu mempedulikan/memikirkan hal ini karena masih banyak hal lain yang harus aku pikirkan. Tapi kenyataannya aku hanya berbohong pada diriku sendiri terus menerus hingga menjadi pembohong unggul.  Saat ini aku hanya mampu berharap bahwa ujian yang diberikan oleh Tuhan ini dapat kami lalui dengan baik dan tidak mengubah satu hal pun dalam persahabatan ini. Aku akan berusaha lebih bersabar dan mendengarkan apa yang sahabatku katakan. cuba untuk lebih percaya pada sahabatku dibandingkan perkataan orang lain. Cuba membuka mata dan mempertimbangkan segala sesuatunya dari berbagai sudut. Serta cuba untuk bersikap lebih adil hinggga tidak ada yang merasa terluka. Kerana persahabatan itu teramatlah indah :)