Pengikut

Ahad, 30 November 2014

PORT DICKSON : PANTAI TELUK KEMANG



Pantai Teluk Kemang terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan. Jaraknya cuma 10 km ke selatan bandar Port Dickson. Kawasan perkelahan ini disebut sebagai Port Dickson sahaja, walaupun sebenarnya kawasan perkelahan itu terletak di sepanjang pantai Teluk Kemang.


Pantai ini popular di kalangan penduduk Lembah Kelang dan lain-lain untuk mandi-manda terutama pada hujung minggu.



Sejarah Teluk Kemang agak kabur. Dahulunya, ia merupakan sebuah kawasan hutan belantara dan paya bakau. Kawasannya berteluk-teluk dan terdapat banyakPokok Kemang yang tumbuh di situ. Pokok Kemang ialah sejenis pokok yang buahnya seakan-akan buah binjal yang kecil dan berwarna hijau.

Pada awal tahun 1880, ada lima orang bersaudara yang datang dari Selangor ke kawasan tersebut. Mereka ialah Bahir dan sahabat-sahabatnya, Niat, Limat, Naemat, dan Abdul Samad. Ada juga sumber yang mengatakan bahawa mereka ini bertugas di istana atau tempat pembesar di Selangor itu. Bagaimanapun, tidak pastilah siapakah pembesar itu dan di daerah mana mereka itu berasal. Ceritanya ketika itu ada bahawa pedagang-pedagang asing telah datang ke tempat mereka untuk bertugas dan telah menipu dan mengampu pembesar di situ sehinggakan pembesar tersebut terlalu mempercayai mereka daripada orang tempatan. Mungkin ada yang antara mereka yang tahu akan pedagang-pedagang tersebut tidak berniat baik demi mementingkan perniagaan mereka. Mungkin ramai yang kecewa dan merajuk ketika itu dan mengambil keputusan untuk pergi dari tempat itu dan membawa diri masing-masing ke mana-mana sahaja sehinggalah lima bersaudara tersebut mengembara dan menjumpai suatu tempat yang indah di bakal Teluk Kemang. Ada sumber yang mengatakan bahawa Niat telah dilantik menjadi penghulu di kawasan tersebut. Tidak pasti adakah mereka masing-masing membawa isteri dan anak bersama-sama atau mereka sahajalah yang mengasaskan tempat itu berlima-lima dan berkembang keturunannya di kawasan situ sahaja.

Sebagaimana dengan nama Melaka, nama Teluk Kemang ini terhasil daripada nama sepohon Pokok Kemang dan serta rupa bumi tempat itu berteluk-teluk. Dan dengan itu, bermulalah asal-usul penduduk-penduduk di kawasan itu sejak tahun 1880 sehingga sekarang. Keluasan pantai Telok Kemang ialah kira-kira 1.6km. panjangnya dari Kemang Indah hingga ke Baitul Hilal.



Kemudahan awam

Banyak kemudahan yang tersedia di sini, antaranya:
  • Hotel
  • Masjid Telok Kemang
  • Pasar raya
  • Stesen minyak
  • Bank
  • Kemudahan di tepi pantai
  • Surau
  • Pondok untuk isytirahat
  • Tandas
  • Bilik mandi di tepi pantai
  • gerai dan restoran, restoran makanan laut
  • Pelampung dan goggle
  • Jet ski yang boleh disewa
  • Kayak yang boleh disewa
  • Bot laju dan bot pensel