Pengikut

Ahad, 26 Oktober 2014

TAHNIAH : SELAMAT MENEMPUH ALAM BERUMAHTANGGA

Ucapan terbaik untuk pengantin baru

Salam pembuka bicara.

Tahniah Buat sepupuku saudara Kaszidy&pasangannya


majlis berlansung di dewan sebaguna presint 11 putrajaya pada 25.10.2014

Selalu kita dengar atau kita ucapkan kepada pengantin baru dengan ucapan seperti ini:

1) Selamat pengantin baru
2) Semoga kekal sepanjang hayat
3) Semoga bahagia ke anak cucu



Tidak dinafikan ucapan sebegini telah menjadi ikutan dalam masyarakat kita. Malah, saya sendiri selalu menggunakan ucapan seperti ini sebab tak tahu nak tulis apa. Dari pemahaman saya, macam tak ada salahnya pun tapi sebenarnya ucapan seperti ini agak bertentangan dengan ajaran Rasulullah.
Mari imbas kembali ke sejarah di zaman baginda Rasulullah,

Kisah pertama
Di dalam sebuah hadith, telah diriwayatkan bahawa Aqil Ibnu Ali Abi Talib r.a. telah menikahi seorang wanita dari kalangan Bani Jusham. Lalu orang ramai datang dan berkata,

"Semoga berbahagia dan ramai anak.”

Mendengar yang demikian Aqil berkata,
“Janganlah kamu mengatakan demikian, kerana sesungguhnya Rasulullah s.a.w. telah melarang yang demikian.”

Mereka lalu bertanya,

“Jika demikian, apakah yang patut kami katakan wahai Abu Yazid?”

Aqil menjawab,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu).

Begitulah yang diperintahkan kepada kita”.[1]


Kisah kedua
Di dalam sebuah hadith riwayat Imam Bukhari, diceritakan Rasullulah s.a.w. ternampak kesan Sufrah (sejenis wangian berwarna kuning) di baju Abdul Rahman Bin Auf r.a. lalu beliau bertanya,
“Apakah ini?”
Abdul Rahman r.a. menjawab,

“Saya telah mengahwini seorang wanita dan telah membayar mas kahwin seberat sebiji kurma.”

Rasulullah s.a.w. bersabda,
(semoga kamu diberkati). Adakan walimah walaupun dengan seekor kibash”[2]


Kisah ketiga
Menurut Abu Hurairah r.a. apabila mendoakan seseorang yang baru berkahwin, Rasulullah s.a.w. akan berkata,
(Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikkan.)”[3]


Kisah keempat
Menurut Imam Nawawi di dalam Al-Azkar adalah disunatkan kita mengucapkan seperti ucapan-ucapan Rasulullah s.a.w. di atas. Menurut beliau lagi, adalah makruh kita mengucapkan
“Semoga berbahagia dan banyak anak.”[4]

*Dipetik dari Blog MyJodoh

Dari penerangan di atas, jelaslah kepada kita cara sebenar yang diajar oleh rasulullah untuk berdoa kepada pasangan pengantin.

Mari kita susuli pula apakah yang terjadi dengan ucapan doa-doa yang salah. 

1. semoga bahagia sehingga ke anak cucu: 
Tapi cuba fikir betul-betul, bagaimana selepas anak cucu? Adakah doa kita hanya untuk kebahagiaan mereka sehingga ke anak cucu sahaja?


2. ‘Semoga kekal sepanjang hayat’:
Pernikahan kita adalah kerana Allah untuk bekalan di akhirat kelak. Jika berdoa semoga kekal hingga ke akhir hayat, bagaimana pula selepas akhir hayat? Apakah kebaikan perkahwinan yang kekal sehingga ke akhir hayat tetapi tiada keberkatan dalam perkahwinan tersebut? Apa akan terjadi jika pasangan suami isteri tersebut terpaksa berpisah kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan? Masyarakat akan mula mengata, ahli keluarga sendiri akan merasa hina dan seumpamanya, padahal perpisahan yang berlaku itu adalah lebih baik dari meneruskan kehidupan mereka sebagai suami isteri.

Apa yang kita mahukan dalam sebuah perkahwinan adalah keberkatan dan kebaikan. 

Seandainya musibah menimpa sehingga kita terpaksa berpisah, biarlah perpisahan itu dilakukan dengan baik dan ia tidak sesekali dipandang serong. Aturan Allah amat sempurna untuk kita. Ditemukan kita dengan pasangan suami atau isteri pertama untuk seketika, kemudian ditemukan pula dengan pasangan lain yang lebih sempurna.

Apa yang kita mahukan ialah sentiasa menjalani kehidupan yang berkat walau sesiapa pun pasangan kita. 

Siti Khadijah sendiri adalah seorang janda. Jika Allah tidak pisahkan Khadijah dengan bekas suaminya, bagaimana pula Siti Khadijah akan menjadi isteri manusia pertama paling sempurna dalam dunia ini?
Oleh itu, sentiasalah mengambil doa-doa yang diajarkan oleh Rasulullah dalam kehidupan kita. Jangan merekacipta doa-doa sendiri yang tidak punyai maksud yang baik.

Wallahualam.....

Selasa, 14 Oktober 2014

PULAU MABUL,SABAH : DESTINASI TERBAIK PERCUTIAN



Mabul adalah sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur yang dipenuhi dengan pohon-pohon palm yang tinggi, pasir putih yang lembut dan dikelilingi oleh air biru yang kehijauan dari Laut Sulawesi. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul yang mengambil masa sekitar setengah jam sahaja. Terdapat perkampungan orang Bajau di sekitar pulau Mabul dan sekaligus memberikan gambaran terhadap gaya hidup tradisional mereka.

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.
Aktiviti di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan  chalets pantai sederhana dan murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah. Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau Jacuzzi.



Jumaat, 3 Oktober 2014

KEINDAHAN KAKI GUNUNG KINABALU

NAMPAK JELAS DAN MEMPERSONAKAN – Gunung Kinabalu yang sering menjadi buah mulut ramai boleh dilihat dengan jelas di Desa Cattle Farm Kundasang, Sabah. Ladang ternakan lembu susu ini antara lokasi wajib dikunjungi bila melancong ke Sabah.




Menurut laman facebook Desa Cattle Farm Kundasang Sabah, ladang ini dibuka pada tahun 1981 dengan keluasan 199 hektar. Memang luas sekali padang ragut di sana. Lokasi ladang yang jauh dari kesibukan kota dan jalan utama memang sesuai untuk pembiakan lembu. Udara di sana memang bersih dan sejuk dan Gunung Kinabalu juga jelas kelihatan.

Ladang Desa Cattle Farm Kundasang Sabah ini diuruskan oleh Desa Dairy Project, TENUSU DESA, of Desa Cattle (S) Sdn. Bhd yang mana mereka mensasarkan pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu setahun. Lembu-lembu yang ada di sana adalah dari jenis Friesians . Lembu  ini dijangka mampu menghasilkan susu secara purata 14 liter sehari untuk seekor lembu.
Aktiviti memerah susu lembu juga ada dibuat di Desa Cattle Farm Kundasang Sabah. Sudah pasti melihat sendiri proses memerah susu lembu adalah satu pengalaman berharga kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Susu lembu segar juga ada dijual di sini. –
untuk keterangan lanjut sila layari http://www.sabahtourism.com/