Pengikut

Jumaat, 16 Mei 2014

SELAMAT HARI GURU 2014

16 MEI - SEJARAH HARI GURU Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu. 1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat. 2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia. 3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru. 4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat. 5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya. 6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan. Tema hari guru 1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara 1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan 1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi 1975 Guru dan Pembangunan Negara 1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan 1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan 1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang 1979 Murid Sejahtera Negara Jaya 1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara 1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat 1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu 1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan 1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan 1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan 1986 Pendidikan Teras Nasionalisme 1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan 1988 Guru Pengasas Budaya Membaca 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1989 Guru Pembina Budaya Ilmu 1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera 1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang 1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan 1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan 1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan 1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia 1997 Guru Bestari Sekolah Bestari 1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama 1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang 2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan 2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama 2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara 2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan 2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan 2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang 2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang 2009 Guru Pembina Negara Bangsa 2010 Guru Pembina Negara Bangsa 2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara 2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara