Pengikut

hari lahir

السلام عليكم

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Syukur Alhamdulillah kerana masih memberikan kesempatan buat saya untuk terus menikmati keindahan perjalanan sebuah kehidupan bergelar manusia.Tiada apa yang lebih bermakna selain dapat bermuhasabah diri supaya dapat merenung seketika sejauh mana telah kita capai dalam kehidupan ini. Seimbangkan antara tanggungjawab sebagai hamba-NYA dan juga tanggungjawab didunia.

Sementara masih sihat. Masih mampu berdiri tegap dan mampu kesana kemari. Apatah lagi mampu berfikiran waras serta dapat mengawal emosi. Eloklah diberi keutamaan dalam proses muhasabah diri. Letak diri didalam taraf paling rendah supaya dapat berfikiran dari segenap sudut untuk proses defensif yang paling baik.

Duniawi juga penting. Syurgawi lagilah penting. Seimbangkan kedua-duanya kerana ianya adalah tanggungjawab kita sebagai manusia yang dimuliakan. Sementara nyawa dikandung badan, renung-renungkanlah dan fikir-fikirkanlah!

Merepek!? Aku tidak merepek tetapi sedemikianlah gabungan hati dan fikiran aku setelah beberapa lama mendiamkan diri. Aku cuba mencari semula jalan kebenaran. Semakin hari semakin tenang, semakin hari semakin banyak perkara pelik yang mendatangi aku. Nikmat dari-NYA semakin terasa nyata.

Tapi aku rasa tidak cukup hanya merasa sedemikian. Kesempatan ini aku benar-benar menginsafi diri dan perlunya aku memohon keampunan dari semua yang mengenali diri ini sama ada aku pernah termakan dan terminum yang bukan hak aku, tersalah laku dan kata, mungkin juga tak sengaja berdusta, dan juga kepada yang pernah dilukai hatinya.

Bagi aku, dosa dengan tuhan mudah untuk aku mengadu dan bermohon secara terus tetapi dosa dengan manusia nampak seperti mudah tetapi sukar untuk dileraikan.

Tidak terasa perjalanan waktu begitu pantas meninggalkan kita..hari ini genaplah 27tahun usiaku..
Jutaan terima kasih buat keluarga dan rakan-rakan semua yang telah menghantar ucapan selamat hari lahir buat saya melalui laman face book,myspace pesanan khidmat ringkas(sms) melalui telefon bimbit saya mahupun yang menghubungi saya terus melalui panggilan telefon,semoga Allah juga murahkan rezeki kalian semua..Tidak Lupa Sahabat saya Mohd syafrudin Azwan yang tidak pernah lupa akan tarikh lahir itu..semoga Allah redha dengan ukhuwwah ini& moga2 ukhuwwah ini memberikan kesan yang mendlm kpd diri kita, dan masyarakat amnya.




terima kasih kepada penama2 berikut yang telah menghantar dedikasi khas sempena hari lahirku semalam di laman facebook..semoga Allah murahkan rezeki kalian juga Shahrizan Myvi X , Nurul Sazila , Syima Noor , Ŏgy ĔŃgköĐŏk , Gulong Tikar ,Daing Kartini , Muhamad Nur , Roslind Jingga , Suffian Fauzi , Hilbert Montell , dan sahabat saya panjang sedepe , deng dikty , Melanie Onie , Adelina Jok , Wanie San


sekian..ikhlas..penghargaan wan zaini untuk anda