Pengikut

Ahad, 7 Jun 2015

PERAIRAN SARAWAK DICEROBOH : KAWALAN DIPERTINGKAT-KDN

PERAIRAN SARAWAK DI CEROBOH : CHINA HANTAR KAPAL PERANG CEROBOH PERAIRAN SARAWAK

Kapal perang China ceroboh perairan negara June 7, 2015  BANGI, Khamis – Kapal Pengawal China dikesan menceroboh perairan Malaysia di Shoals Luconia, sekitar Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautika daripada pantai Miri, Sarawak.Kapal Pengawal atau kapal perang China itu sudah berlabuh di kawasan tersebut kira-kira sudah dua tahun dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui pemberita berkata beliau telah bertemu dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam berkaitan dengan keselamatan di Laut China Selatan dan pergerakan nelayan asing tanpa izin di sana.“Berhubung dengan isu Gugusan Beting Patinggi Ali, kita tahu bahawa ada pencerobohan di kawasan itu, justeru kita hantar TLDM dan APMM untuk memantau kawasan bagi memastikan kedaulatan negara ini,” katanya.Beberapa keping gambar pencerobohan kapal perang China itu kini menjadi viral di laman sosial Facebook.Shahidan yang merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan APMM, berkata semua kapal asing biasanya hanya melalui kawasan itu, mereka tidak boleh berlabuh atau tinggal di kawasan itu tanpa kebenaran.“Kawasan tersebut adalah milik Malaysia dan kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk melindungi dan mempertahankan perairan Malaysia di Laut China Selatan dari dicerobohi oleh penceroboh atau nelayan asing yang tidak berlesen.“Beting Patinggi Ali ini adalah diantara salah satu daripada kawasan yang tercantik di dunia serta kaya dengan minyak dan gas asli yang ada di negara kita.







Sabtu, 6 Jun 2015

TUN MAHATHIR TERIMA HADIAH

Harga sebuah kekejaman di PWTC, episod malang Tun Mahathir dihalang berucap dan arah keluar dari bangunan yang diasaskan oleh beliau sendiri.. Tanggal 05 Jun 2015, tercatat satu lagi Sejarah buat negara apabila bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad telah dinafikan hak untuk berucap di hadapan khalayak di PWTC. Alasan penafian hak beliau yang diberikan oleh Ketua Polis Negara, amat tidak munasabah malah seakan orang “hilang akal”. Beliau mengatakan bahawa PWTC tempat yang selama ini menjadi maruah dan martabat UMNO Barisan Nasional tidak selamat jika dialog Tun Mahathir dengan Perdana Menteri terus diadakan,malah dikhuatiri menggugat keamanan dan ketenteraman rakyat Malaysia. Ini jelas bercanggah dengan dasar Perlembagaan Malaysia yang tercatat dalam Perkara 10 yang menyokong prinsip demokrasi iaitu, setiap warganegara mempunyai hak bersuara serta bebas mengeluarkan fikiran. Peristiwa yang melukakan prinsip keadilan telah banyak menimbulkan spekulasi dalam kalangan para pengamal media dan rakyat Malaysia. Persoalannya kini, mengapa Perdana Menteri takut berhadapan dengan Tun Mahathir? Apakah ini angkara seseorang yang tidak membenarkan atau takut pecah tembelang? Sungguh memalukan apabila seorang Perdana Menteri mendiamkan diri daripada menjawab tentang kontroversi skandal 1MDB yang melanda beliau. Lebih mengejutkan apabila Ketua Polis Negara yang seharusnya memberi kerjasama dan memastikan supaya sesi dialog tersebut berjalan dengan lancar, tetapi sebaliknya mengarahkan anak-anak buahnya untuk bertindak melampaui batas dengan merampas mikrofon dan mengarahkan Tun Mahathir keluar dari dewan. Sebagai anak muda yang mengikuti perjalanan politik Malaysia sejak zaman persekolahan lagi, saya merupakan serpihan kezaliman zaman Mahathirisme. Saya mengikuti perkembangan Tun Mahathir, dan adalah amat sukar untuk saya lupakan doa Almarhum Ustaz Fadzil Noor, yang mendoakan agar Tun Mahathir dipanjangkan umur bagi menyaksikan sendiri kerosakkan UMNO dan negara akibat kesan daripada pentadbiran diktatornya selama 22 tahun. Rakyat tidak sepatutnya lupa akan Sejarah surat Tun Mahathir terhadap Tunku Abdul Rahman yang jelas memusnahkan seluruh pengorbanan Tunku terhadap bangsa dan negara sejak 58 tahun yang lalu. Menurut Tuanku, akibat dari penyebaran surat itu telah menyebabkan berlakunya tunjuk perasaan menentang beliau di Universiti Malaya,Kolej Islam dan Institut Teknologi Mara. Atas dasar inilah yang mendorong Tunku memberikan kata dua kepada UMNO sama ada untuk memilih beliau ataupun Tun Mahathir. Tunku juga pernah meluahkan perasaan marah beliau terhadap Tun Mahathir dalam akhbar Mingguan Malaysia 20 Julai 1969 yang berbunyi “…surat Dr Mahathir telah memusnahkan seluruh perjuangan saya terhadap negara dan bangsa selama 17 tahun…”. Kekejaman dan kezaliman era Mahathirisme, berterusan sehingga menuduh bekas Menteri Kewangan dan kini Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, bahawa beliau terlibat dalam skandal politik wang semasa pemilihan UMNO tahun 1987. Ketika itu Ku Li menentang Tun Mahathir bagi jawatan Presiden tetapi tewas tipis dan ini memaksa beliau keluar dari UMNO lalu menubuhkan Semangat 46. Ku Li juga turut menjelaskan bahawa tulisan Dr Mahathir dalam “Memoir of Tun Dr Mahathir Mohamad” merupakan “pembohongan politik”. Beliau mengaitkan nasib mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan mantan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim seolah-olah yang baik itu datang dari Mahathir dan yang buruk itu datang dari pihak yang tidak bersependapat dengan beliau. Tun Mahathir sedar bahawa penganti beliau tidak mampu memperbetulkan keadaan yang telah wujud semasa era Mahathirisme. Maka, beliau dengan bijak meletakan jawatan, tepat pada masa, supaya dapat mengelakkan diri beliau daripada kontroversi kronisme seperti yang dialami oleh Pak Lah dan kini, Dato Seri Najib Razak. Setiap individu yang menghalang kemaraan Tun Mahathir akan mendapat ganjaran seperti yang dialami oleh Tunku Abdul Rahman, Tengku Razaleigh Hamzah, Tun Ghafar Baba, Tun Musa Hitam, Tun Salleh Abbas sehingga Dato Seri Anwar Ibrahim. Kasus insiden kontroversi Tun Mahathir dalam tragedi pemecatan Dato Seri Anwar Ibrahim dengan tindakan yang paling mengaibkan malah tindakan ini telah memberikan kejutan kepada hampir seluruh rakyat Malaysia. Tun Mahathir telah mengukir Sejarah dunia dengan menjatuhkan musuh politik beliau dengan cara yang teramat keji iaitu kes konspirasi dan fitnah politik – liwat. Didikan dan asuhan Tun Mahathir digunakan sebaik mungkin oleh pewarisnya melalui konspirasi dan fitnah Liwat 2.0. Semasa era Mahathirisme, Tun Mahathir, telah mengorbankan dan mengadaikan prinsip demokrasi. Beliau telah mewariskan barisan kepimpinan yang korup dan bobrok di mana pentadbiran berasaskan semangat demokrasi telah runtuh dan terkorban. Segala institusi dalam negara menjadi caca merba. Dari institusi Kehakiman, Perundangan, PDRM, SPRM, SPR dan banyak lagi yang telah diranapkan semasa zaman Mahathirisme. Hari ini, insiden mengaibkan Tun Mahathir, yang dilakukan oleh pewarisnya sendiri, sepatutnya membuatkan beliau sedar dan bertaubat semasa dan selagi beliau masih mempunyai peluang dan ruang untuk berbuat demikian. Ini adalah harga sebuah kekejaman yang sedang dibayar oleh Tun Mahathir. Taubat ATAU terus membayar harga sebuah kekejaman!!! Salam Reformasi. Parti Keadilan Rakyat

ALAHAI TUN


SEJAK akhir-akhir ini Tun dilihat seakan-akan cuba memusnahkan UMNO iaitu Parti tertua di Malaysia.Banyak cubaan Tun seolah-olah menidakkan usaha yang dilakukan oleh dua orang Perdana Menteri setelah beliau meletekkan jawatan Sebagai perdana menteri.Kritikan hebat secara terbuka beliau telah banyak dilihat sebagai cubaan menyerang fan ketidaksenangan beliau kepada kedua perdana menteri selepas beliau.Apakah Tun di pengaruhi oleh mereka yang cuba menjatuhkan Umno itu sendiri atau cubaan untuk menjatuhkan Najib?
Apakah sebenarnya yang Tun inginkan?Tidak puas lagi kah menjadi Perdana Menteri?atau bercita-cita memegang jawatan itu semula?apakah ada agenda lain ataupun ingin melantik mukriz sebagai perdana Menteri yang baru?

Cukup lah semuanya Tun.Berhentilah menyerang kepimpinan Najib.Ingatlah Zaman Tun sudahpun berakhir.Perbanyakkan amalan menuju ke titian yang terakhir..Masa semakin pantas.Umur semakin menurun bukannya meningkat.Rumah kata pergi.Politik hanya duniawi.



KORBAN GEMPA BUMI SABAH

Gempa: Dua mayat dibawa turun dari Gunung Kinabalu Astro Awani | Kemas kini: Jun 05, 2015 (Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 23:10 MYT) Gempa: Dua mayat dibawa turun dari Gunung KinabaluDua mayat disahkan dibawa turun dari Gunung Kinabalu selepas 13 kejadian berlaku. - Foto Astro AWANI KUALA LUMPUR: Dua mayat mangsa gempa bumi di Gunung Kinabalu berjaya dibawa turun selepas 13 jam kejadian berlaku, lapor Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah hari ini. Mayat pertama yang dipercayai seorang jurupandu arah tiba di Timpohon Gate di kaki Gunung Kinabalu pada jam 8.25 malam tadi. Manakala mayat kedua yang dipercayai seorang wanita tiba di Timpohon Gate pada jam 8.45 malam. Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, mayat kedua-dua mangsa dijangka dibawa ke Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu untuk bedah siasat. Operasi dijangka berterusan sepanjang malam ini. Sementara itu Jabatan Meteorologi Malaysia melaporkan satu lagi gegaran gempa bumi berukuran 4.3 magnitud berlaku di 20km barat laut Ranau, Sabah malam tadi.

GEMPA BUMI DISABAH

Infografik : Gempa bumi di Sabah Bernama | Kemas kini: Jun 05, 2015 (Diterbitkan pada: Jun 05, 2015 19:04 MYT) KUALA LUMPUR: Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.9 pada skala richter menggegarkan Ranau, Sabah jam 7.15 pagi tadi. Menurut Pusat Gempa Bumi dan Tsunami Nasional gegaran dirasai di kebanyakan tempat di Sabah termasuk Ranau, Tambun, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud. Pusat gempa tersebut terletak 16km Barat Laut Ranau.