Pengikut

SALAM AIDILFITRI DAN SALAM PERANTAUAN

السلام عليكم

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Allahu Akbar… Allahu Akbar… Allahu Akbar…

Laa Ilaaha Illallaah wallaahu Akbar…
Allahu Akbar wa Lillaahilhamd…

Di kesempatan ini, saya mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri, Kullu ‘Aam wa Antum bi Alf al-Khair…

Khusus buat warga pengunjung blog wanzainii.Com.
Serta seluruh mereka yang bertaut persaudaraan dengan kami atas ikatan Laa Ilaaha Illallaah.

Semoga Allah Subhanahu wa Ta’aala menerima baik segala amal ibadah dan kebajikan yang dilakukan di sepanjang bulan Ramadhan kali ini dengan sebaik-baik penerimaan serta ganjaran. Mudah-mudahan kita semua dipertemukan lagi dengan Ramadhan berikutnya, ameen.
Saya menyusun sepuluh jari, memohon maaf atas segala ketidak sempurnaan pada tutur kata yang tidak enak didengar telinga, laku perbuatan yang tidak manis di penglihatan, serta segala cacat cela diri yang nyata mahu pun tersembunyi… agar benar-benarlah Aidilfitri ini disambut sebagai orang yang pulang kepada asalnya yang fitrah (al-’aaideen) dan berjaya (al-faaizeen).

PENGHARGAAN KHAS BUAT AYAH DAN IBUKU...
      
Terkenang di ketika Itu,AKu dimanja dan disayang selalu,Apa sahaja kemahuan diri,Akan cuba dipenuhi,Walau hidup dalam kesukaran,Kau akan cuba untuk membahagiakan,Demi anak-anak yang tersayang,Kau berdua Akan berkorban......

Tetapi baru Aku sedari,Tidak mungkin Akan terbalas budi,Pengorbanan mu tiada ternilai,Hanya tuhan kan membalasnya,Salam Aidilfitri,Ayah bonda yang dicintai,Maafkanlah anakmu ini,Kerna belum cukup berbakti
teringat aku...Apabila menjelang lebaran,Baju baru kan disediakan,Walau mungkin kami tak mengerti, Keperitan saat Itu,Namun wajahmu terus bercahaya,Oh sucinya kasih sayang itu,Di bibirmu kan menguntum senyum,Andainya anak-anakmu bahgia...

maafkan anakmu ini kerana tidak dapat meraikan hari bahagia ini bersama...aku telah cuba sedaya upaya tetapi mungkin tiada rezeki kita untuk meraikannya bersama pada tahun ini...InsyaAllah jika dipanjangkan umur kita akan meraikannya bersama ditahun depan....
"SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN DAN SALAM PERANTAUAN DARI ANAKMU DIKEJAUHAN INI.."

KESEDIHAN MELANDA


IMEJ YANG AKU RAKAMKAN SEKITAR JAM 0715HRS 10/09/2010

IMEJ YANG AKU RAKAMKAN SEKITAR JAM 0717HRS 10/09/2010

HATI SIAPA YANG TAK SEDIH DAH LA TIDAK DAPAT MERAIKAN HARI BAHAGIA BERSAMA KELUARGA NAK PERGI MENUNAIKAN SEMBAHYANG RAYA PUN TERBANTUT DISEBABKAN BANJIR..
BANYAK BETUL DUGAAN INI....