Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

PEMIMPIN VS RAKYAT

Penulis bergambar kenangan bersama Y.B Khalid Abdul Samad Ahli Parlimen Shah Alam
pada Sabtu 08/01/2011

Pemimpin dan Rakyat tidak dapat dipisahkan dari dunia politik dulu dan kini.Pemimpin wujud kerana adanya rakyat.rakyat juga memerlukan pemimpin sebagai jambatan penghubung antara mereka dengan kerajaan.Keluhan,pandangan,permintaan rakyat perlu diambil perhatian agar masalah rakyat dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.Konsep turun padang tanpa mengira parti politik perlu diutamakan untuk pemimpin mendapat maklumat secara terus permasalahan yang dihadapi rakyat.secara keseluruhannya jika konsep ini diamalkan akan mendekatkan jurang antara pemimpin dan rakyat.banyakkan buat kerja daripada bercakap adalah satu langkah yang bijak.Taraf hidup rakyat dan pemimpin jangan terlalu jauh.

Kalau rakyat berteduh di rumah usang, jangan pula pemimpin memilikki mahligai
Kalau rakyat ikat perut, jangan pula pemimpin makan di restoran 5 bintang
Kalau rakyat mengayuh basikal, jangan pula pemimpin menaiki kereta mewah
Kalau rakyat tidak berduit, jangan pula pemimpin memburu jutawan
Kalau rakyat tak mampu membayar yuran sekolah, jangan pula pemimpin hantar anak ke luar negeri
Kalau rakyat berpakaian lusuh, jangan pula pemimpin berkot dan bertali leher

perlu diingat sebelum menjadi pemimpin mereka juga adalah sama daripada golongan rakyat juga.jika konsep ini terus diamalkan nescaya rakyat merasakan mereka pemimpin berjiwa rakyat...

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Tanpa kita sedari semakin hari semakin pantas masa dan waktu berlalu pergi tanpa sedikit pun kita merasa akan kehilangan waktu yang amat bermakna itu...2010 sudah berlalu pergi meninggalkan kita dengan berjuta kenangan pahit dan manis dalam menjalani kehidupan seharian.dengan berbekalkan semangat jitu yang tinggi dalam melaksanakan setiap azam baru harus kita meneliti dan bertanya kepada diri sendiri apakah azam tahun lepas terlaksana sepenuhnya dan mencapai matlamat yang kita sasarkan???kadang-kadang kita terlupa suatu perkara dimana usia kita semakin hari semakin meningkat remaja,dewasa,apakah kita bersedia untuk menempuh suatu kehidupan baru yang semakin mencabar ini???seandainya masa itu dapat diputarkan kembali pasti ramai diantara kita yang mengimpikan untuk kembali kezaman silam mereka.Ramai yang berkata perjalanan kehidupan kita masih jauh lagi..tapi bagiku kehidupan didunia yang bersifat sementara ini harus dimanfaatkan sebaiknya untuk membahagikan sama rata..bak kata orang semakin meningkat dewasa suatu alam yang lain akan dekat dengan kita...tapi persoalannya jauh berbeda sekali.tidak ramai yang sedar dalam usia yang muda juga ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita kerana menyahut seruan ilahi untuk pulang kepangkuan-NYA.Disini dapatlah kita mengatakan kehidupan kita untuk pulang kepada-Nya tidak mengenal usia bila-bila masa sahaja kita akan dijemput tetapi pernahkah kita bersedia???cukupkah bekalan untuk dibawa kesana???


Dari Ibnu Abbas ,dari Nabi bahwasanya beliau berkata kepada seorang laki-laki
untuk menasehatinya:
“Manfaatkanlah lima (keadaan) sebelum (datangnya) lima (keadaan yang lain):
Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum
sibukmu, masa mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum fakirmu” (Riwayat Al
Hakim dan Baihaqi_)

sama-sama la kita ingat mengingati diantara satu sama yang lain...

dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 untuk rakan-rakan yang sentiasa mengikuti perkembangan diblog ini..semoga tahun baru ini akan merealisasikan setiap azam sebelum tahun baru 2012 menjelma...selamat tahn baru 2011"