Pengikut

Sabtu, 16 Mei 2015

SELAMAT HARI GURU 2015

"GURU O' GURU"
BERBURU ke padang datar
 Dapat rusa belang kaki
 Berguru kepalang ajar Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa
 Dailah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
 Seribu tahun katanya menjadi hikmat

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
 Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini sesiapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa

 Dengan lembut sabarnya mengajar tulis baca
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
 Di sebuah sekolah mewah di ibu kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dialah guru mewakili seribu buku

Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu,guruku
Budi yang diapungkan didulangi ilmu
Panggilan keramat 'cikgu' kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG 1979

SELAMAT HARI GURU 2015
"MEMBINA ILMU MENYEMPURNAKAN AKHLAK"

TERIMA KASIH CIKGU............

Selasa, 12 Mei 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT 2015

SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT KEPADA SEMUA JURURAWAT LELAKI DAN WANITA YANG BERKHIDMAT DISEMUA SEKTOR KESIHATAN,HOSPITAL DAN KLINIK KERAJAAN MAHUPUN SWASTA DISELURUH NEGARA.