Pengikut

Sabtu, 30 Ogos 2014

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-57 TAHUN : DISINI LAHIRNYA SEBUAH CINTA


Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Yang Ke-57 kepada semua yang akan disambut pada 31 Ogos 2014 (Ahad) bersamaan 5 Zulkaedah 1435H. Semoga kita sama-sama menghayati jasa dan pengorbanan para pejuang negara untuk mendapatkan kemerdekaan yang kita kecapi hingga ke hari ini. Dalam keghairahan kita menyambut kemerdekaan ini, bersama-sama lah kita untuk terus mendoakan dan sedekahkan Al-Fatihah kepada semua mangsa nahas tragedi MH370 dan MH17.Tidak lupa juga kepada rakan sekerja saya diatas kembalinyanya isteri beliau kerahmatullah 30.08.2014.. Al-Fatihah..

#MH370
#MH17

Jumaat, 22 Ogos 2014

Jenazah mangsa nahas MH17 disambut penuh istiadat



KUALA LUMPUR: Kumpulan pertama jenazah mangsa nahas pesawat penerbangan MH17 selamat tiba di tanah air hampir 40 hari selepas insiden yang mencampakkan negara ke dalam tragedi berganda melibatkan syarikat penerbangan Malaysia Airlines.

Jalur Gemilang di seluruh negara dikibarkan separuh tiang bagi mengenang semua 298 penumpang dan anak kapal, khususnya 43 anak watan, yang menaiki pesawat malang yang terhempas selepas ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Kumpulan pertama ini melibatkan 20 jenazah penumpang dan anak kapal yang telah dikenal pasti identiti mereka serta mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa Belanda untuk dibawa pulang ke Malaysia.

Istiadat penghormatan jenazah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur disertai oleh Yang Di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak serta dif-dif kehormat dan orang kenamaan.

Istiadat dikelolakan oleh Briged ke-12 Infantri Malaysia melibatkan 450 orang anggota.

Pesawat khas MH6129 yang berlepas dari Schipol pada pukul 9.40 malam Khamis waktu Malaysia mendarat di KLIA tepat jam 9.54 pagi.

Sejurus kemudian, satu demi satu keranda dibawa turun dengan penuh istiadat dimulai dengan dua keranda pertama yang membawa jenazah kru Malaysia Airlines (MAS) Mastura Mustafa dan Ahmad Hakimi Hanapi.

Upacara istiadat penghormatan jenazah selesai jam 10.54 pagi apabila kesemua 17 keranda dan tiga kendi berisi abu mayat mangsa dimasukkan ke dalam 20 kenderaan jenazah.

Serentak itu, pengumuman disiar secara langsung melalui radio, televisyen juga media sosial agar rakyat Malaysia di seluruh negara bertafakur memberi penghormatan terakhir buat mangsa.

Jenazah mangsa seterusnya dibawa ke destinasi masing-masing untuk dikebumi atau disemadikan.


Seluruh rakyat Malaysia memakai pakaian berwarna suram sebagai tanda hormat kepada mereka mangsa nahas pesawat MH17.

Bendera di pejabat kerajaan, kedutaan dan sekolah-sekolah turut dinaikkan separuh tiang.

Dalam satu kenyataan dari Kedutaan Amerika Syarikat di Malaysia berkata “Kami, rakyat Amerika Syarikat bersama-sama anda rakyat Malaysia pada Hari Perkabungan MH17. Doa kami sentiasa untuk ahli keluarga mangsa nahas pesawat MH17.”


Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines hari ini mengedarkan reben hitam tanda memperingati MH17 kepada semua anak-anak kapal manakala bendera syarikat itu turut dikibarkan separuh tiang.


DiPULAU PINANG, kira-kira 500 orang berkumpul di lobi pusat kerajaan negeri di Komtar untuk menyertai majlis rasmi pekabungan bagi mangsa MH17, yang mana lima dari mangsa nahas adalah penduduk Pulau Pinang iaitu pramugari Nur Shazana Mohamed Salleh, pramugara Sanjid Singh Sandhu, Kapten Eugene Choo Jin Leong , Azrina Yaakob, Elaine Teoh dan Jenny Loh Yan Hwa.

Jenny, pemilik sebuah restoran di Amsterdam turut berada di atas pesawat MH17 bersama ibunya, Tan Siew Poh serta suaminya yang berwarganegara Hongkong,  Fan Shun Po.

DiIPOH, Sultan Nazrin Shah telah tiba di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah pada pukul 11:52 pagi untuk bersama-sama menerima dua jenazah mangsa nahas pesawat MH17 yang berasal dari negeri Perak iaitu pramugari Chong Yee Pheng dan Noor Rahimmah Mohd Noor.

Sementara itu, jenazah pambantu juruterbang Ahmad Hakimi Hanapi dan pramugari Nur Shazana Mohamed Salleh, telah dibawa ke Masjid Putra di Putrajaya untuk disembahyangkan oleh ahli keluarga dan sahabat handai MAS.

DiKOTA KINABALU,perbicaraan 30 individu yang didakwa dengan pelbagai kesalahan berkaitan pencerobohan Lahad Datu pada Februari tahun lepas telah dihentikan seketika selama satu minit bagi menghormati kepulangan 20 jenazah pertama mangsa nahas pesawat MH17.

Sementara itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib dalam satu kenyataan menyebut: “Bulan lepas, 43 nyawa warga Malaysia diragut di Timur Ukraine. Hari ini, kita meratapi pemergian warga kita. Hari ini, kita mula bawa mereka pulang. Ingatan dan doa kita bersama keluarga dan rakan yang telah pergi. Hari ini kami bersama anda, menjadi satu.”

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, dalam pada itu, berkata tiga lagi mayat disahkan akan dibawa pulang pada Ahad sementara menunggu proses dokumentasi.


bukan kematian benar menusuk kalbu
keredaanmu menerima segala tiba
tak kutahu setinggi itu di atas debu
dan duka maha tuan bertakhta
(Chairil Anwar: Nisan, Oktober 1942)


KITA berkongsi kesedihan yang teramat dalam. Kedukaan ini tidak mungkin sedalam kesedihan yang ditanggung oleh insan-insan yang dekat dengan mereka. Kita tidak pernah mengenali mereka, tetapi kita juga sangat berdukacita.

Waris dan sahabat handai yang menyambut pulang jenazah korban nahas MH17 ini kehilangan ahli keluarga dan rakan taulan. Kita ikut berdukacita kerana negara kehilangan putera dan puterinya.

Mereka bukan hanya sederet nama, bukan juga hanya sekadar angka.

Isnin, 18 Ogos 2014

Terima Kasih Semua....

Kata sesetengah orang, usia bukanlah segalanya. Bukan jugak sesuatu yang perlu ditakuti dan diambil berat sangat. Sesetengahnya lagi kata , usia merupakan satu penanda aras ataupun titik tolak mula kemajuan seseorang. Bagi aku, usia memang sesuatu yang menarik. Dalam masyarakat kita sendiri, kalau nak diukur perangai seseorang, selalunya orang kita akan kaitkan dengan usia. Maka lahirlah ayat ayat macam ni


“Dah umur 31 pun , perangai macam budak budak” ataupun ayat “ Dah tua bangka nak masuk 31 tahun pun, perangai tak reti nak ubah lagi” . 


Maka disini kita boleh assume yang usia memang menentukan pandangan seseorang pada kita. Makin meningkat usia, makin tinggi expectation orang pada kita. Jadi, usia yang meningkat saban tahun sangat penting kepada kita untuk kita ukur dan lihat balik apa kemajuan dan kejayaan yang kita dah dapat sepanjang peningkatan tersebut . Kan?? Kalau umur meningkat, tapi langsung tak ada kejayaan , apa gunanya kita hidup kan? Sedangkan badan kita pun ada pertumbuhan , dari kecik sampai la besar badak gini haa. Mengapa pulak diri yang didalam tak nak ditumbuhkan jugak kan? Buat malu ja hidup didunia menghirup udara free dari Tuhan kan? 


Alhamdulillah harini, 18 Ogos 2014 . Tapi yang bermaknanya, harini genaplah sudah 31 tahun aku dilahirkan kat dunia ni. Terima kasih mak, terima kasih ayah. 31 tahun yang lalu aku datang ke dunia ni,disambut oleh nurse yang aku harap adalah nurse cantik sebab first impression kan ke sangat penting untuk membina otak yang baik. hehe. Lahir  dengan harapan besar dari mak ayah untuk jadi manusia berguna, aku harap dalam 31 tahun ni aku ada jugak gunanya hidup . 


Maaf kepada yang wish happy birthday di Whatsapp. Anda terpaksa spend time membaca karutan aku kali ni. Sebenarnya nak ucapkan beribu juta billion terima kasih  kat korang yang sudi mengewish sempena birthday aku . Kenal tak kenal lain kira, yang penting korang memang sporting habis and terima kasih bebanyak sangat sebab sudi luangkan beberapa saat anda yang berharga untuk type in beberapa perkataan untuk wish kat aku. Aku sangat hargai semua tu. Doa anda sangat lah bermakna untuk aku terus berjaya dalam hidup.




Mungkin setakat tu jela kot entry ni. Hadiah?? Aku tak berharap pun untuk dapat hadiah. Memang dah terbiasa dari kecik tak dapat hadiah sebab memang tak celebrate birthday macam orang lain. Kesian? Tak la. Kalau celebrate gah2 tapi makin besar makin teruk pun tak ada guna kan? Lebih baik setiap kali sampai birthday kita, kita duduk sendirian dan renung balik dalam masa setahun yang berlalu tu, apa yang kita dah dan belum lakukan. Buat review balik and kalau boleh, kita tampalkan apa yang kurang. 


Entry nak cakap terima kasih je kepada yang wish , tapi dah melalut bukan main panjang kan? itulah masalahnya bila dah mula menaip, ada ja idea yang datang . Ok habiss dah . Ini last. Assalamualaikum.Happy Birthday To Meeeeeeeeee~~~ Semoga anda semua sihat dan selalu bahagia.