Pengikut

Sabtu, 8 Januari 2011

PEMIMPIN VS RAKYAT

Penulis bergambar kenangan bersama Y.B Khalid Abdul Samad Ahli Parlimen Shah Alam
pada Sabtu 08/01/2011

Pemimpin dan Rakyat tidak dapat dipisahkan dari dunia politik dulu dan kini.Pemimpin wujud kerana adanya rakyat.rakyat juga memerlukan pemimpin sebagai jambatan penghubung antara mereka dengan kerajaan.Keluhan,pandangan,permintaan rakyat perlu diambil perhatian agar masalah rakyat dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.Konsep turun padang tanpa mengira parti politik perlu diutamakan untuk pemimpin mendapat maklumat secara terus permasalahan yang dihadapi rakyat.secara keseluruhannya jika konsep ini diamalkan akan mendekatkan jurang antara pemimpin dan rakyat.banyakkan buat kerja daripada bercakap adalah satu langkah yang bijak.Taraf hidup rakyat dan pemimpin jangan terlalu jauh.

Kalau rakyat berteduh di rumah usang, jangan pula pemimpin memilikki mahligai
Kalau rakyat ikat perut, jangan pula pemimpin makan di restoran 5 bintang
Kalau rakyat mengayuh basikal, jangan pula pemimpin menaiki kereta mewah
Kalau rakyat tidak berduit, jangan pula pemimpin memburu jutawan
Kalau rakyat tak mampu membayar yuran sekolah, jangan pula pemimpin hantar anak ke luar negeri
Kalau rakyat berpakaian lusuh, jangan pula pemimpin berkot dan bertali leher

perlu diingat sebelum menjadi pemimpin mereka juga adalah sama daripada golongan rakyat juga.jika konsep ini terus diamalkan nescaya rakyat merasakan mereka pemimpin berjiwa rakyat...

2 ulasan:

Kak Mahh berkata...

Cantiknya gambar background

PENA PERJALANAN berkata...

terima kasih..dimana ada berita disitu kami pergi...tak kira dimana pun lokasi.....