Pengikut

Isnin, 29 Ogos 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1432h,Maaf Zahir & Batin


لسلام عليكم

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

Hari Raya Aidilfitri tiba lagi. Ramadhan akan pergi meninggalkan kita. Semoga Allah menerima puasa kita. Dapatkah kita menemui Ramadhan lagi. Semoga Allah memanjangkan usia kita dan memberikan kita tubuh badan yang sihat untuk menjalankan suruhanNya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada semua member-member bloggers dan pengunjung blog penaperjalanan sekalian. .

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011 Dan Selamat Hari Kemerdekaan Malaysia Ke 54,,,

Jadi kita juga akan menyambut Hari kemerdekaan Malaysia Ke 54 pada hari yang sama. Namun begitu sambutan Hari Kemerdekaan Ke 54 akan ditunda ke hari lain bagi memberi laluan kepada Hari Raya Aidilfitri 2011.

Saya juga nak juga mohon maaf sekiranya ada terkasar bahasa ketika Saya membuat post dalam blog/fb penaperjalanan serta ketika saya meninggalkan komen di blog/fb korang.

Kepada mereka yang balik kampung, Saya sarankan korang periksa dahulu rumah korang. Dah berkunci ke belum, kepala tong gas dah cabut ke belum, kepala paip air dah kunci ke. Kalau ada jiran korang yang tidak balik kampung, mintaklah diorang tengok tengokkan rumah semasa korang tiada nanti.

Raya belum pun tiba dah bermacam-macam kemalangan yang berlaku. Kesian pun tengok. Jadi berhati-hatilah dijalan raya. Kalau mengantuk, berehat dahulu sambil-sambil mendegar takbir dan lagu raya. Jangan menambahkan lagi statistik kemalangan jalan raya.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2011/1432h,Maaf Zahir dan Batin,,,




Tiada ulasan: