Pengikut

Selasa, 1 Julai 2014

HIDUP BIAR BERBAKTI

Assallamualaikum dan salam sejahtera. Sebagai mukadimah pembuka bicara, dengan rasa rendah dirinya saya perkenalkan diri. bukan seorang yang cerdik pandai berkelulusan tinggi tahap cendiakawan atau pakar Profesional dalam sesuatu bidang. Jauh sekali diri ini mempunyai sebarang pengiktirafan pendidikan. Hidup saya hanyalah bersandarkan ilmu dari pengalaman, itulah universiti saya! Saya berusaha dengan tenaga empat kerat untuk melalui detik usia selagi masih bernyawa. Akal dan tenaga saya perah demi membina masa depan yang tak tahu penghujungnya. Saya merangsang kesungguhan jiwa mencari peluang sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan. Saya pernah melalui perceraian, kemiskinan dan tekanan hidup yang amat sukar. Usia muda miskin tanpa kelulusan menyukarkan bagi saya mencari rezeki. Sehinggakan ingin menyuap makanan sehari sekali pun saya terpaksa berkira-kira. Mendahulukan keperluan anak-anak seperti makanan, ubatan dan pelajaran mereka menjadi lebih utama dari kepentingan diri saya sendiri. Nikmat makan, pakaian dan keseronokkan hidup memang tidak ada untuk diri sendiri. Saya sanggup mati, berkerja bersungguh-sungguh dan keluar berke
rja, berlapar demi mereka. Saat itu tiada keluarga dan teman rapat bersama saat kedaifan. Hanya anak-anak kecil melihat suka duka yang saya lalui. Maha suci Allah yang bijaksana adil menguji hambaNya. Menciptakan saya dengan sifat yang sempurna tidak cacat anggota dan tidak pula cacat pemikiran. * Tak mati dek puji – tak hidup dek keji. Saya berusaha membetulkan niat dalam semua perbuatan dalam kehidupan seharian. Berfikir sebelum bertindak apakah tujuan sebenar haluan yang saya pilih. Kerana saya paling benci melakukan kesilapan. Ramai orang sempurna tapi sebenarnya mereka cacat kerana tidak menggunakan akal dan dirinya sepenuhnya

Tiada ulasan: