Pengikut

Ahad, 7 Jun 2015

PERAIRAN SARAWAK DI CEROBOH : CHINA HANTAR KAPAL PERANG CEROBOH PERAIRAN SARAWAK

Kapal perang China ceroboh perairan negara June 7, 2015  BANGI, Khamis – Kapal Pengawal China dikesan menceroboh perairan Malaysia di Shoals Luconia, sekitar Beting Patinggi Ali, kira-kira 84 batu nautika daripada pantai Miri, Sarawak.Kapal Pengawal atau kapal perang China itu sudah berlabuh di kawasan tersebut kira-kira sudah dua tahun dalam kawasan Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) negara.Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim ketika ditemui pemberita berkata beliau telah bertemu dengan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Wisma Putra dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam berkaitan dengan keselamatan di Laut China Selatan dan pergerakan nelayan asing tanpa izin di sana.“Berhubung dengan isu Gugusan Beting Patinggi Ali, kita tahu bahawa ada pencerobohan di kawasan itu, justeru kita hantar TLDM dan APMM untuk memantau kawasan bagi memastikan kedaulatan negara ini,” katanya.Beberapa keping gambar pencerobohan kapal perang China itu kini menjadi viral di laman sosial Facebook.Shahidan yang merupakan menteri yang bertanggungjawab terhadap urusan APMM, berkata semua kapal asing biasanya hanya melalui kawasan itu, mereka tidak boleh berlabuh atau tinggal di kawasan itu tanpa kebenaran.“Kawasan tersebut adalah milik Malaysia dan kerajaan akan melakukan apa sahaja untuk melindungi dan mempertahankan perairan Malaysia di Laut China Selatan dari dicerobohi oleh penceroboh atau nelayan asing yang tidak berlesen.“Beting Patinggi Ali ini adalah diantara salah satu daripada kawasan yang tercantik di dunia serta kaya dengan minyak dan gas asli yang ada di negara kita.







Tiada ulasan: