Selasa, 26 Mac 2013
HIDUP IBARAT RODA
Hidup ini ibarat RODA...
Sekejap kita diatas..
Dan sekejap kita berada dibawah...
Begitulah putaran kehidupan kita..
Hidup kita tidak selalu indah dan manis..
Adakalanya kita bahagia, gembira, suka..
Tetapi adakalanya kita sedih, derita dan duka..
Namun semua yang kita lalui adalah merupakan KENANGAN yang TERINDAH..
Biarpun KENANGAN itu PAHIT ataupun MANIS...
Kita terpaksa harungi jua...
Kadang-kadang MANUSIA bermula dari masa lampau yang perit untuk bangun & BERJAYA...
Kadang-kadang KEGAGALAN & KEKECEWAAN merupakan dorongan yang KUAT..
KEGAGALAN yang membuatkan kita berusaha untuk mencapai KEJAYAAN...
Bak kata PEPATAH " Di Mana ada Kemahuan, Di Situ ada Jalan"...
Namun, dalam diri saya tidak ada erti KEGAGALAN...
Selagi Langit Cerah...
Selagi Hujan Mencurah...
Selagi Mentari Menyinar..
Selagi Burung Berkicauan...
Selagi Itulah saya akan BERUSAHA & BERJUANG...
Untuk KELUARGA TERCINTA...
Untuk ANAK BANGSA...
Tanpa Dugaan & Cabaran...
Ia Bukan Dinamakan Sebuah Kehidupan...
Selasa, 22 Januari 2013
aku menulis
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..
Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog ini..ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah berhenti untuk menulis?adakah saya sudah ketandusan isu untuk diutarakan?sungguh tidak sama sekali.saya cuma berehat seketika.tidak mungkin saya akan terus berhenti dari menulis kerana bidang penulisan adalah satu bidang yang amat saya gemari.
Alhamdulillah,saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas hari ini.memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri.menghabiskan sisa sisa kehidupan ini dengan menambah amal dan kebaikan lantas cuba menolak segala keburukan dengan izinya.dalam sedar atau tidak,kita hampir berada di pertengahan bulan januari 2013.begitu pantas masa berlalu.bagi yg sedar dunia kita hampir kepenghujung waktu.bagi yang terleka,masih ada kesempatan untuk kalian menambah bekalan untuk dibawa pulang kesisinya.
Harapan saya semoga tahun 2013 ini memberika sejuta keinsafan dalam diri kita.sesungguhnya yang baik ituk datang darinya dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kekurangan diri ini..
Isnin, 21 Januari 2013
MENEROKAI KEINDAHAN KAMPUNG SAHABAT
Berkesempatan berkunjung ke kampong sahabat saya pada 21.01.2013 memberikan saya ruang dan peluang menikmati indahnya suasana kampong yang tenang dan damai.al-maklumlah sejak bergelar anak perantau jarang sekali dapat balik ke kampong halaman sendiri.kebetulan ayah,ibu dan adik beradik yang lain kini sudahpun menetap dibandar tempat kelahiran ayah di Kuching,Sarawak.Saya sendiri misalnya telah sekian lama menetap di negeri Selangor.tiada bezanya antara kuching dan Selangor melainkan sebuah Bandar yang pesat membangun.kalau ada pun kampong mungkin tidak sama dikampung halaman ibu saya disebuah pekan kecil dipendalaman Sarawak yang bergelar pekan Belaga. Kebetulan semasa saya berkunjung ke kampong sahabat saya,musim penghujung buah-buahan.sempat juga lah merasa kenikmatan dan kelazatan buah-buahan yang saya petik sendiri dari pokok.kebiasaannya buah-buahan yang dijual dibandar memang sama tetapi rasanya sedikit berbeza.mungkin jarak perjalanan atau buah-buahan dibandar sudah tidak segar akibat terlalu lama disimpan. Sepanjang perjalanan ke kampong tapak sekolah,batu kikir,negeri Sembilan,kiri dan kanan rumah, kalau dilihat masing-masing ada menanam pokok buah-buahan.pokok-pokoknya juga dipenuhi dengan buah-buahan terutamanya rambutan yang sedang masak meranum.Ada juga yang antara mereka yang menjual hasil buah-buahan tersebut ditepi jalan. Saya paparkan sedikit bingkisan dan kalian saksikan beberapa keping fhoto yang sempat saya rakamkan.
Ahad, 19 Ogos 2012
ASTANA NEGERI SARAWAK,PETRA JAYA
Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin
serta
isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah
TYT anjur rumah terbuka di Astana
Posted on August 17, 2012, Friday
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana, Petra Jaya di sini pada Hari Raya pertama dan kedua.
Pada Hari Raya pertama, mereka akan menerima kunjungan daripada orang kenamaan dan tetamu kehormat tempatan yang lain bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Pada Hari Raya ketiga, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang di kediaman mereka di No.88, Sri Impian, Jalan Temenggong, Matang.
Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah seterusnya akan membuat lawatan ke atas orang kenamaan tempatan dan sahabat mereka di sekitar Kuching pada Hari Raya ketiga manakala di Sibu, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka di Rumah Rehat Kerajaan Sri Rajang pada 30 Ogos dari jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Selain itu, Tun Salahuddin dan Toh Puan juga akan turut membuat kunjungan Hari Raya ke atas orang kenamaan dan sahabat mereka di Miri.
Orang ramai yang ingin mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya TYT dinasihatkan agar berpakaian sesuai dan tidak menggunakan seluar jeans, baju-T dan selipar.
Selasa, 12 Jun 2012
Ahad, 19 Februari 2012
DESTINASI SETERUSNYA : ALAM PERKAHWINAN
Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan.
Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari dosa.Apalah salahnya berkorban untuk sesuatu yang mungkin berlaku sekali seumur hidup kita ni. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, “Adakah semuanya sudah tersedia? Persediaan perkahwinan, mas kahwin, hantaran KAIN-KAIN UNTUK SETIAP AHLI KELUARGA MEREKA SEPERTI AYAH,IBU,DATUK,NENEK,MAKCIK,PAKCIK,ADIK BERADIK DAN JIRAN-JIRAN PIHAK PEREMPUAN dan tok kadi”. Kalaulah ada iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan Online seperti sekarang, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah. Tok kadi? Alamak! Sudah bersediakah aku nak bersoaljawab dengan tok kadi masa akad nikah ni nanti? Bila mendengar pengalaman dan usikan kawan-kawan, sesiapa sahaja pasti berdebar-debar bila memikirkan cara nak berhadapan dengan Tok Kadi ni. Hmm..tersenyum sendiri aku.. “kata nak menempuh alam perkahwinan, perlu lah penuhkan ilmu di dada”. Sambil-sambil tu minta lah juga tips atau petua alam perkahwinan dari mereka yang berpengalaman. Buat bekalan bagi menempuh alam rumah tangga
Dengan sekali lafaz, akad ijab dan kabul berjaya dilaksanakan. Maka, secara rasminya telah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yang selama ini diimpikan setiap insan bercinta. Maka, secara rasminya juga gelaran pun berubah menjadi suami dan isteri serta bakal menjadi ayah dan mama kepada anak-anak kami nanti. Kini baru ku tahu betapa indahnya alam selepas kahwin. Makan minum berjaga, menjadi lebih bertanggungjawab dan berpendirian dan yang paling penting ada tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang secara halal. Secara halal? Hmm..faham-faham sajalah..
Dalam perkahwinan, kehadiran anak-anak dianggap anugerah dan pengikat kasih sayang hidup berkeluarga. Tanpa anak-anak, hidup berkeluarga pasti bagaikan tidak lengkap. Sunyi, sepi, bosan, iri hati dan sebagainya pasti akan menyelubungi hati. Apatah lagi bila melihat keceriaan dan kebahgiaan orang lain di sekeliling kita. Jauh di sudut hati pasti menginginkan perasaan ceria dan bahagia seperti itu. Melihat anak-anak membesar, bersekolah, seterusnya berumahtangga bagaikan kitaran kehidupan yang pasti akan menyentuh hati dan perasaan kita dalam menilai erti pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita selama ini. Pengalaman inilah yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Tuhan sekaligus menjadi pedoman agar kita lebih menghargai erti sebuah perkahwinan.
Harapan setiap insan yang berkahwin agar kebahgiaan alam perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu. Berikan anak-anak kita contoh yang baik agar mereka dapat mewarisi kebahagiaan yang kita nikmati. Bukan setakat dapat menyambung zuriat malah salasilah keluarga bahagia dapat dikembangkan seantero dunia.
Kepada yang masih bujang dan ragu-ragu untuk menempuh alam perkahwinan, tekadkan dalam hati dan percaya bahawa kebahagiaan pasti akan dimiliki dan bukanlah hanya indah khabar dari rupa. Alam perkahwinan juga umpama kain putih, kita lah yang akan mencorakkan warna-warni keindahan alam perkahwinan kita dan menentukan hala tuju kita dalam sebuah perkahwinan. Pasti ramai yang telah menikmatinya akan bersetuju, betapa indahnya alam perkahwinan.
Sekian, secebis kisah betapa indahnya alam perkahwinan.
Isnin, 12 Disember 2011
MOHD ADAM
MOHD ADAM







Mendapat cahaya mata dari baka sendiri cukup membahagiakan si ibu. Demikian juga si ayah. Lebih-lebih lagi saat menunggu kelahiran penyeri rumahtangga ini sudah terlalu lama. Si ibu rasa bangga kerana berjaya memenuhi hasrat suami dan keluarga. Bahkan, si ibu sendiri cukup puas dan bersyukur kepada Ilahi kerana dikurniakan anak yang diimpikannya.

Anak adalah anugerah Ilahi. Rezeki dan kurniaan dari Allah SWT kepada pasangan suami isteri. Semua pasangan secara fitrahnya berhajat dan sentiasa mengharapkan kurniaan ini. Sama ada pasangan yang Muslim mahupun bukan Muslim. Oleh itu, ibu bapa Muslim harus tahu menilai kurniaan ini. Anak adalah amanah Allah. Ibu bapa harus tahu hakikat ini. Ini tuntutan Islam. Ibu bapa yang tidak faham dan tidak tahu menilai anugerah ini akan mengabaikan kewajiban mereka. Tanggungjawab menjaga dan mendidik anak dianggap remeh.

Tidak semua orang yang berkahwin mudah dan cepat menimang cahaya mata. Allah yang menentukan dan mengurniakan amanah ini. Oleh itu, pasangan yang telah diizinkan oleh Allah mendapat anak mesti menjaganya dengan baik. Curahkan kasih sayang dan perhatian yang sebaik dan seimbang mungkin menurut perintah Allah dan didikan Rasulullah SAW.

Allah SWT berfirman, “Dia memberikan anak perempuan kepada siapa yang Dia kehendaki dan memberikan anak lelaki kepada siapa yang Dia kehendaki, atau Dia menganugerahkan kedua jenis lelaki dan perempuan (kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya), dan Dia menjadikan mandul siapa yang Dia kehendaki. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui lagi Maha Kuasa.” (asy-Syura: 49-50). Oleh itu, kita wajib menyambut anak yang lahir dengan penuh kesyukuran dan kasih sayang kerana ini nikmat dari Allah SWT. Nikmat yang akan menjadi penyeri rumahtangga. Membahagia dan menyenangkan hati suami. Apatah lagi si isteri. Firman Allah, “Dan orang-orang yang berkata: Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami)”. (al-Furqan: 74). Allah SWT juga ada merakamkan doa hamba-hambanya yang mahukan pewaris perjuangan mereka. Misalnya, doa Nabi Zakaria, “Ya Rabbi, kurniakan aku seorang anak yang baik di sisi Engkau.” (ali Imran: 38). “Anugerahkan aku seorang putera, yang akan mewarisi sebahagian keluarga Ya’kub.” (Maryam: 5-6).

Bahkan, anak yang baik ini akan memberi manfaat kepada ibu bapa apabila kembali kepada Allah. Akhlaq Hussain pernah mengungkapkan, “Anak-anak yang soleh akan menjadi sumber sedekah jariah bagi ibu bapa”. Itupun jika anak-anak itu dididik, diasuh dan dijaga diri serta jiwa mereka dengan sempurna hingga menjadi mukmin yang sebenar. Hanya anak soleh yang melayakkan seorang ibu atau ayah memperolehi sedekah jariah di akhirat nanti. Kita menyedari bahawa Allah SWT telah memerintahkan setiap Muslim supaya menjadikan diri sebagai manusia yang dikehendaki Allah iaitu rabbani. Allah berfirman, “Hendaklah kamu menjadi manusia-manusia rabbani”. (ali-Imran: 79). Ibu bapa mempunyai tugas berat mendidik anak-anak yang rabbani. Satu tanggungjawab yang suci untuk menghasilkan manusia-manusia yang hanya taat kepada Allah dan RasulNya. Amanah ini cukup berat, tapi ia akan ditanya oleh Allah kelak. Rasulullah SAW bersabda, “....dan setiap suami adalah pemimpin bagi keluarganya. Ia akan diminta pertanggungjawabannya dan setiap isteri adalah pemimpin atas penghuni rumah dan anak suaminya, dan ia akan diminta pertanggungjawabannya”. Sehubungan itu, ibu bapa mesti memahami dan menunaikan setiap hak anak yang dipikulkan kepada mereka. Sabda Nabi, “Hak anak ke atas ayahnya ialah memberinya nama yang baik, mengajarnya menulis, mengahwinkannya apabila sudah cukup umur dan mengajarnya al- Qur’an”. (Riwayat al-Hakim & ad-Dailami). Baginda SAW juga pernah bersabda, “Tidak ada suatu pemberian yang lebih baik daripada seorang ayah kepada anaknya daripada budi pekerti yang baik”. (Riwayat at-Tirmidzi). Di samping itu, kasih sayang ayah dan ibu mesti diberi kepada anak-anak. Ini hak mereka. Perhatian dan kasih sayang mereka perlukan untuk menjadi insan rabbani. Akhlaq Hussain menulis, “Seandainya ibu bapa tidak melayani anak-anak mereka dengan kasih sayang, bagaimanakah mereka mengharapkan anak itu berkelakuan baik kepada mereka?”.

Oleh itu, mendidik anak-anak menjadi insan soleh adalah tanggungjawab dalam agama Islam. Ibu bapa tidak seharusnya gagal mendidik anak-anak di dunia ini. Jika gagal mendidik anak kerana lalai, maka beban yang berat akan dipikul di akhirat nanti. Allah SWT telah memperingatkan perkara ini menerusi firmanya, “Wahai orang-orang yang beriman! Selamatkan diri kamu dan anggota keluarga kamu daripada api neraka”. (at-Tahrim: 6). Anak-anak adalah penyambung kehidupan keluarga dan penerus hasrat ibu dan ayah. Mereka mesti dididik agar menjadi anak yang soleh. Dipersiapkan untuk memikul dan melaksanakan tugas menyebar dan membela Islam. Merekalah yang mewarisi kerja-kerja kita yang belum selesai. Mereka mesti bertanggungjawab untuk menyambung tugas suci ini dengan lebih berkesan. Oleh itu, cuba tanya diri kita. Seriuskah kita dalam kerja mendidik ini? Betulkah cara yang kita guna untuk mendidik, mengasuh dan menjaga anak-anak kita? Adakah kurniaan ini kita anggap beban? Atau orang yang diseru dan dididik kefahaman, kesedaran dan peribadi mereka? Inikah cara didikan yang disyariatkan oleh Allah SWT dan ajaran Nabi SAW?
Mohd Adam yang punye,,terringat ayat2 ni,,,,
---------------------------------
Anakku dengarlah ayahmu bermadah sebagai nasihat untukmu semasa hayat masih di badan sebelum ayah memejamkan mata sebagai ingatanku dan kenanganmu
Anak-anakku yang tercinta
Jika kamu alim jadilah obor kepada semesta
Jika kamu jahil bernaunglah di bawah cahaya. Jika kamu kaya jadilah bank kepada masyarakat
Jika kamu miskin berbanggalah untuk keredhaan Tuhanmu hindarlah dari meminta-minta
supaya terpelihara dirimu
biarlah kamu miskin dengan Tuhanmu
kaya dengan manusia
Jika kau saudagar
jauhilah riba betulkan timbangan
berbuat adillah dalam berjual beli
jika kamu perlu mintalah kepada Tuhanmu agar manusia tidak menghinamu
Jika pemimpin jadilah payung kepada umatnya
rendahkan sayapmu jika kamu dipimpin
serahkanlah kepada kebijaksanaan ketuamu
Jika kamu pejuang
banyakkan mengingati Tuhanmu hadapilah musuh
jangan melampaui balasan-batasannya.
Jika kamu menderita, tersiksa berserahlah kamu itu tanda dari Tuhan Tuhan kerana kasih padamu
kasih Tuhan itu lebih dari kasih seorang ayah kepada anaknya
Langgan:
Catatan (Atom)

















