Pengikut

Selasa, 26 Mac 2013

TERKINI PENA MENULIS

Sungguh aku terasa berkecil hati dgn sikap sesetengah kawan kawan aku...bila aku dah terlalu baik,maka ada sesetengah diantaranya yg mula memijak kepalaku....aku hargai dan aku hormati mereka sebagai kawan tapi jangan cuba untuk memperbodohkan aku....kalau mereka rasa berada ditempat aku,apakah mereka dpt menerima apabila diperlakukan sebegitu?sabar itu ada had dan batasanya..tidak mengapa jika ingin menjauhkan diri.aku tak kisah.aku hidup di dunia ini bukan bersama kalian sahaja malah ramai lg yg mungkin lebih baik dari itu.aku percaya bila perlakukan aku begitu,tidak mustahil juga kau akan merasainya.tuhan itu maha adil.tidak selamanya kau akan terus di puncak,sampai waktu kau akan rasakan apa yang aku rasa.. Biarkan manusia sibuk mengutukmu di belakang..jangan sesekali kamu gentar.. Suatu hari nanti tolehlah ke belakang sambil berkata, "aku sudah jauh ke hadapan, kamu masih lagi dalam dunia kejahilan! ayuh berubahlah" Lumrah kehidupan, tidak akan ada manusia yang hidup tanpa dibenci..soalnya, semua manusia pasti dibenci ! Apatah lagi dihina dan dikutuk..itu adalah asam garam dalam kehidupan sebagai manusia.. Jadi jangan pernah gentar di jalan yang lurus, jangan pernah berpaling dari realiti..kerana kelak ini semua adalah bukti yang ingin disaksikan di Mahsyar Allah taala... Janji Allah itu pasti, siapa yang memalukan diri mereka di dunia kerana Agama Allah, maka Allah akan mempercepatkan jalannya menuju ke syurga ! Siapa yang dibenci di muka bumi ini kerana berjuang utk agama Allah, maka kelak dialah orang yang diangkat darjatnya di akhirat . Ketika itu tiada manusia yang akan mencaci sesama sendiri, kerana mereka semua telah melihat watak2 kejahatan mereka di muka bumi ini..lalu mereka semua akan menyesal,lantas berkata  " Ya Allah kalaulah kami boleh berpatah balik ke masa yang lalu, nescaya tidak akan kami lakukan perkara2 yang terkutuk itu ya Allah " Lihatlah manusia yang hidup tanpa pernah berasa takut akan kebenaran janji2 Allah semasa di dunia, lalu apabila dipamerkan dihadapan mereka tentang balasan dan azab Allah itu, barulah mereka semua sedar akan dosa2 yang mereka lakukan di muka bumi yang lalu. "Sedang ada manusia lain yang sibuk mengajak manusia melakukan kebaikan, kita pula sibuk menjadi penghalang kepada usaha2 amar makruf ini..malahan tangan,mulut, dan kaki inilah yang menjadi penghalang tertegaknya kalam Allah di muka bumi ini" Maka nantikanlah Azab Allah yang tidak akan ada tandingannya. Jangan kita menyesal di kemudian hari kerana pintu taubat Allah tidak pernah tutup semasa hayat kita di muka bumi.. Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani. Wahai Insan yang mempunyai kalimah syahadah dalam dirimu, "Biarlah seluruh manusia di muka bumi ini membencimu, asalkan jangan Allah membencimu" Manusia tidak akan pernah berhenti mengata dan menghina kerana sikap tidak puas hati itu sentiasa terbuku dalam diri manusia..kita hanyalah insan yang lemah dan tidak ada sebarang kekuatan..tapi kita ada Allah taala yang boleh memberi kekutan pada diri setiap insan, oleh itu peganglah pada tali Allah, dan berharaplah pada Dia yang Satu !  " Manusia2 yang mengutuk kamu itu tidak akan memberi sebarang manfaat. " Ingatlah, sedangkan perjuangan Dakwah baginda Nabi Muhammad juga mendapat tentangan yang hebat, apatah lagi kita manusia biasa yang hidup di zaman penuh kepincangan ini, pastinya kita akan berhadapan dgn pelbagai kecaman dan dugaan..mereka pasti mencari cari kesalahan dan kekurangan kita..tapi ingatlah Allah itu Maha tahu apa yang tersirat di dalam hati setiap manusia..Allah tidak pernah mensia siakan kebergantungan kita kepadaNya. "Biarlah dirimu tidak terkenal di kalangan manusia, asalkan dirimu terkenal disisi Allah sebagai manusia yang sabar, patuh dan taat pada perintahnya" Lumrah manusia ingin dikenali dan disayangi oleh rakan2..tapi ada kalanya manusia akan dibenci dan dipinggirkan..ada kalanya kita berasa sangat kosong dan kesepian, tapi ingatlah manusia itu tidak pernah bersendirian kerana Allah itu sentiasa bersama hamba2 Nya setiap masa, detik dan ketika.. "Berdoalah kepada Allah, nescaya akan Dia tunaikan" Ketahuilah mereka yang menghina dan mencacimu itu tidak akan pernah senang hatinya, bukan sahaja dengan dirimu malahan dengan ramai lagi manusia..kerana dalam hati mereka ada suatu sifat yang sangat dibenci iaitu hasad dengki..oleh itu, biarlah mereka mendapat petunjuk dan hidayah Allah sedang kamu wahai manusia jangan berputus harapan mencari sinar kebahagiaan dalam hidupmu. " Orang yang paling kuat disisi Allah adalah orang yang sabar, dan orang yang paling mulia di sisi Allah adalah orang yang paling bertaqwa " Oleh itu, jangan takut dan lemah di saat tiada siapa yang menyokong langkahmu, kerana setiap langkah dan kederat itu milik Allah, Dia akan sentiasa ada bersama manusia yang bergantung harap padaNya setiap masa, detik dan ketika. Teguhkan pendirianmu, jangan terus menerus lemah dan tersungkur dalam cacian manusia..bangkit dan rapatkan saf perjuangan..nescaya mereka yang merendahkan maruahmu itu akan tunduk dan akur akan kekhilafan mereka..

HIDUP IBARAT RODA

Hidup ini ibarat RODA... Sekejap kita diatas.. Dan sekejap kita berada dibawah... Begitulah putaran kehidupan kita.. Hidup kita tidak selalu indah dan manis.. Adakalanya kita bahagia, gembira, suka.. Tetapi adakalanya kita sedih, derita dan duka.. Namun semua yang kita lalui adalah merupakan KENANGAN yang TERINDAH.. Biarpun KENANGAN itu PAHIT ataupun MANIS... Kita terpaksa harungi jua... Kadang-kadang MANUSIA bermula dari masa lampau yang perit untuk bangun & BERJAYA... Kadang-kadang KEGAGALAN & KEKECEWAAN merupakan dorongan yang KUAT.. KEGAGALAN yang membuatkan kita berusaha untuk mencapai KEJAYAAN... Bak kata PEPATAH " Di Mana ada Kemahuan, Di Situ ada Jalan"... Namun, dalam diri saya tidak ada erti KEGAGALAN... Selagi Langit Cerah... Selagi Hujan Mencurah... Selagi Mentari Menyinar.. Selagi Burung Berkicauan... Selagi Itulah saya akan BERUSAHA & BERJUANG... Untuk KELUARGA TERCINTA... Untuk ANAK BANGSA... Tanpa Dugaan & Cabaran... Ia Bukan Dinamakan Sebuah Kehidupan...

Selasa, 22 Januari 2013

aku menulis

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.. Rasanya sudah terlalu lama saya tidak mengemaskini blog ini..ramai yang tertanya-tanya apakah saya sudah berhenti untuk menulis?adakah saya sudah ketandusan isu untuk diutarakan?sungguh tidak sama sekali.saya cuma berehat seketika.tidak mungkin saya akan terus berhenti dari menulis kerana bidang penulisan adalah satu bidang yang amat saya gemari. Alhamdulillah,saya masih diberi kesempatan untuk terus bernafas hari ini.memperbaiki segala kelemahan dan kekurangan diri.menghabiskan sisa sisa kehidupan ini dengan menambah amal dan kebaikan lantas cuba menolak segala keburukan dengan izinya.dalam sedar atau tidak,kita hampir berada di pertengahan bulan januari 2013.begitu pantas masa berlalu.bagi yg sedar dunia kita hampir kepenghujung waktu.bagi yang terleka,masih ada kesempatan untuk kalian menambah bekalan untuk dibawa pulang kesisinya. Harapan saya semoga tahun 2013 ini memberika sejuta keinsafan dalam diri kita.sesungguhnya yang baik ituk datang darinya dan yang buruk itu datang dari kelemahan dan kekurangan diri ini..

Isnin, 21 Januari 2013

MENEROKAI KEINDAHAN KAMPUNG SAHABAT

Berkesempatan berkunjung ke kampong sahabat saya pada 21.01.2013 memberikan saya ruang dan peluang menikmati indahnya suasana kampong yang tenang dan damai.al-maklumlah sejak bergelar anak perantau jarang sekali dapat balik ke kampong halaman sendiri.kebetulan ayah,ibu dan adik beradik yang lain kini sudahpun menetap dibandar tempat kelahiran ayah di Kuching,Sarawak.Saya sendiri misalnya telah sekian lama menetap di negeri Selangor.tiada bezanya antara kuching dan Selangor melainkan sebuah Bandar yang pesat membangun.kalau ada pun kampong mungkin tidak sama dikampung halaman ibu saya disebuah pekan kecil dipendalaman Sarawak yang bergelar pekan Belaga. Kebetulan semasa saya berkunjung ke kampong sahabat saya,musim penghujung buah-buahan.sempat juga lah merasa kenikmatan dan kelazatan buah-buahan yang saya petik sendiri dari pokok.kebiasaannya buah-buahan yang dijual dibandar memang sama tetapi rasanya sedikit berbeza.mungkin jarak perjalanan atau buah-buahan dibandar sudah tidak segar akibat terlalu lama disimpan. Sepanjang perjalanan ke kampong tapak sekolah,batu kikir,negeri Sembilan,kiri dan kanan rumah, kalau dilihat masing-masing ada menanam pokok buah-buahan.pokok-pokoknya juga dipenuhi dengan buah-buahan terutamanya rambutan yang sedang masak meranum.Ada juga yang antara mereka yang menjual hasil buah-buahan tersebut ditepi jalan. Saya paparkan sedikit bingkisan dan kalian saksikan beberapa keping fhoto yang sempat saya rakamkan.











Ahad, 19 Ogos 2012

ASTANA NEGERI SARAWAK,PETRA JAYA

 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin 
serta
 isteri Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah 









TYT anjur rumah terbuka di Astana

Posted on August 17, 2012, Friday
KUCHING: Yang di-Pertua Negeri Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin dan Toh Puan Datuk Patinggi Norkiah akan mengadakan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di Astana, Petra Jaya di sini pada Hari Raya pertama dan kedua.
Pada Hari Raya pertama, mereka akan menerima kunjungan daripada orang kenamaan dan tetamu kehormat tempatan yang lain bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.
Pada Hari Raya ketiga, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka dari jam 10 pagi hingga 2 petang di kediaman mereka di No.88, Sri Impian, Jalan Temenggong, Matang.
Tun Salahuddin dan Toh Puan Norkiah seterusnya akan membuat lawatan ke atas orang kenamaan tempatan dan sahabat mereka di sekitar Kuching pada Hari Raya ketiga manakala di Sibu, mereka akan mengadakan Rumah Terbuka di Rumah Rehat Kerajaan Sri Rajang pada 30 Ogos dari jam 10.30 pagi hingga 1 petang.
Selain itu, Tun Salahuddin dan Toh Puan juga akan turut membuat kunjungan Hari Raya ke atas orang kenamaan dan sahabat mereka di Miri.
Orang ramai yang ingin mengunjungi Rumah Terbuka Hari Raya TYT dinasihatkan agar berpakaian sesuai dan tidak menggunakan seluar jeans, baju-T dan selipar.



Ahad, 19 Februari 2012

DESTINASI SETERUSNYA : ALAM PERKAHWINAN

Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Setiap makhluk di dunia dicipta berpasangan. Naluri semulajadi itu menjadikan kita berkeinginan untuk berpasangan. Tak kira teruna atau dara, tua atau muda, baik atau jahat, duda mahu pun janda sudah pasti ingin menikmati betapa indahnya hidup berpasangan yang akhirnya melangkah menuju ke alam perkahwinan.
Apatah lagi bila melihat insan di sekeliling bermesra, bergurau senda, dan berbahagia bersama orang tersayang, pasti akan terselit sedikit perasaan cemburu walaupun sekelumit. Jauh di sudut hati, pasti kita juga berkeinginan begitu. Ada tempat untuk kita berkongsi suka duka, ada tempat untuk kita meluahkan rasa hati, ada tempat untuk kita bermanja dan mencurahkan kasih sayang dan yang paling penting kita sama-sama dapat menghindari dosa.Apalah salahnya berkorban untuk sesuatu yang mungkin berlaku sekali seumur hidup kita ni. Dalam hati sentiasa tertanya-tanya, “Adakah semuanya sudah tersedia? Persediaan perkahwinan, mas kahwin, hantaran KAIN-KAIN UNTUK SETIAP AHLI KELUARGA MEREKA SEPERTI AYAH,IBU,DATUK,NENEK,MAKCIK,PAKCIK,ADIK BERADIK DAN JIRAN-JIRAN PIHAK PEREMPUAN dan tok kadi”. Kalaulah ada iklan perkhidmatan atau barang majlis perkahwinan Online seperti sekarang, pasti segalanya akan menjadi lebih mudah. Tok kadi? Alamak! Sudah bersediakah aku nak bersoaljawab dengan tok kadi masa akad nikah ni nanti? Bila mendengar pengalaman dan usikan kawan-kawan, sesiapa sahaja pasti berdebar-debar bila memikirkan cara nak berhadapan dengan Tok Kadi ni. Hmm..tersenyum sendiri aku.. “kata nak menempuh alam perkahwinan, perlu lah penuhkan ilmu di dada”. Sambil-sambil tu minta lah juga tips atau petua alam perkahwinan dari mereka yang berpengalaman. Buat bekalan bagi menempuh alam rumah tangga

Dengan sekali lafaz, akad ijab dan kabul berjaya dilaksanakan. Maka, secara rasminya telah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan yang selama ini diimpikan setiap insan bercinta. Maka, secara rasminya juga gelaran pun berubah menjadi suami dan isteri serta bakal menjadi ayah dan mama kepada anak-anak kami nanti. Kini baru ku tahu betapa indahnya alam selepas kahwin. Makan minum berjaga, menjadi lebih bertanggungjawab dan berpendirian dan yang paling penting ada tempat untuk kita mencurahkan kasih sayang secara halal. Secara halal? Hmm..faham-faham sajalah..
Dalam perkahwinan, kehadiran anak-anak dianggap anugerah dan pengikat kasih sayang hidup berkeluarga. Tanpa anak-anak, hidup berkeluarga pasti bagaikan tidak lengkap. Sunyi, sepi, bosan, iri hati dan sebagainya pasti akan menyelubungi hati. Apatah lagi bila melihat keceriaan dan kebahgiaan orang lain di sekeliling kita. Jauh di sudut hati pasti menginginkan perasaan ceria dan bahagia seperti itu. Melihat anak-anak membesar, bersekolah, seterusnya berumahtangga bagaikan kitaran kehidupan yang pasti akan menyentuh hati dan perasaan kita dalam menilai erti pengorbanan ibu bapa kita membesarkan kita selama ini. Pengalaman inilah yang akan mendewasakan kita dan menjadikan kita lebih mensyukuri nikmat Tuhan sekaligus menjadi pedoman agar kita lebih menghargai erti sebuah perkahwinan.
Harapan setiap insan yang berkahwin agar kebahgiaan alam perkahwinan ini akan berkekalan hingga ke anak cucu. Berikan anak-anak kita contoh yang baik agar mereka dapat mewarisi kebahagiaan yang kita nikmati. Bukan setakat dapat menyambung zuriat malah salasilah keluarga bahagia dapat dikembangkan seantero dunia.
Kepada yang masih bujang dan ragu-ragu untuk menempuh alam perkahwinan, tekadkan dalam hati dan percaya bahawa kebahagiaan pasti akan dimiliki dan bukanlah hanya indah khabar dari rupa. Alam perkahwinan juga umpama kain putih, kita lah yang akan mencorakkan warna-warni keindahan alam perkahwinan kita dan menentukan hala tuju kita dalam sebuah perkahwinan. Pasti ramai yang telah menikmatinya akan bersetuju, betapa indahnya alam perkahwinan.
Sekian, secebis kisah betapa indahnya alam perkahwinan.