Jumaat, 16 Mei 2014
SELAMAT HARI GURU 2014
16 MEI - SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema hari guru
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Isnin, 14 April 2014
E-FILING : BULAN PUNGUTAN CUKAI KINI KEMBALI....
Salam sejahtera. Bulan pungutan cukai kembali lagi.Kali ini topik yang diceriterakan adalah Borang CP 8A -Pindaan 2008 atau lebih dikenali sebagai Borang EA bagi kakitangan Swasta dan juga Borang EC bagi Agensi Kerajaan. bagi yang telah lama bekerja pastinya Borang EA/EC sudah tidak asing lagi buat mereka. Walaubagaimanapun pada tahun ini diperkenalkan Borang EA Pindaan 2008 selaras dengan Bajet 2009 yang dibentangkan di Parlimen.
Kalau kita bandingkan Borang EA /EC Pindaan 2008 dengan Borang EA/EC tahun terdahulu ada beberapa perbezaannya. Antaranya seperti berikut.
Di bahagian A Butiran Pekerja tiada lagi ruangan butiran suami bagi wanita yang telah berkahwin.
Bahagian B Pendapatan Penggajian Manfaat dan Tempat Kediaman pula hanya menyenaraikan pendapatan yang dikenakan cukai sahaja. manfaat dan Prequisit yang dikecualikan di dalam Bajet 2009 tidak disenaraikan disini.
Segala Elaun Manfaat dan Prequisit yang dikecualikan cukai cuma akan disenaraikan di bahagian G. Jadinya untuk isi borang nyata cukai (Borang BE) di ruangan pendapatan penggajian cuma perlu masukkan jumlah bahagian B sahaja dengan tanpa masukkan nilai sen.
Senang kan? Takperlu pikir lagi elaun ni kena cukai ke tidak. Kalau dah masuk bahagian B kirala sekali dalam pendapatan yang boleh dicukai.
Sekarang ni dah masuk bulan Mac. Pastinya bulan ni Majikan sudah edarkan Borang EA /EC masing-masing. jadi kalau dah terima borang EA/EC bolehla e-filing.
Sepertimana tema Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai tahun ini
Cukai dihujung Jari anda. Jom e-filing
Khamis, 27 Mac 2014
Jumaat, 28 Februari 2014
Khamis, 16 Januari 2014
10 tAHUN PENUH CABARAN
Hari ni tanggal 01.01.2014 genap 10tahunku dalam perkhidmatan awam.sungguh maa berlalu dengan begitu pantas tanpa kita sedari.banyak pengalaman pahit manis suka duka tawa ria yang telah ditempuhi sepanjang tempoh tersebut namun ianya tidak sedikit pun melemahkan semangatku untuk menabur bakti untuk akyat malaysia khususnya.apa yang lebih penting azam untuk memberikan khidmat yang berkualiti walaupun jasa seringkali dipandang sepi majikan yang lebih mengutamakan mereka yang kaki kipas.bukan niat untuk mendapat perhatian majikan namun sekadar ingin pernghargaan terhadap hasil kerja bukannya penghargaan kerana seeorang itu kaki kipas.
argh,,!!Lantaklah yang pastinya keikhlasan kerja tersebut hanya kerana Allah S.W.T yang penting tuhan tahu apa yang kita buat.
argh,,!!Lantaklah yang pastinya keikhlasan kerja tersebut hanya kerana Allah S.W.T yang penting tuhan tahu apa yang kita buat.
Isnin, 16 Disember 2013
MENTERI MUDA KEBUDAYAAN DAN WARISAN NEGERI SARAWAK DIROMPAK
KUCHING 16 Dis. - Menteri Muda Kebudayaan dan Warisan negeri Liwan Lagang dirompak dan kenderaannya dilarikan dua penjenayah dalam satu kejadian awal hari ini.
Menurut jurucakap polis, dalam kejadian 6.10 pagi itu Liwan yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Belaga turut mengalami kecederaan pada paha kanan akibat terkena pisau ketika bergelut dengan perompak terbabit.
"Kejadian berlaku ketika mangsa berhenti untuk membeli surat khabar di Kota Sentosa selepas menghantar anaknya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk balik ke Bintulu.
"Apabila beliau hendak keluar dari kenderaan pacuan empat rodanya, datang dua lelaki bersenjatakan pisau dengan seorang memakai topeng, mengarahkannya keluar dari kenderaan," kata jurucakap itu kepada Bernama di sini.
Menurutnya berlaku pergelutan antara Liwan dan suspek yang menyaksikan Menteri Muda itu mengalami kecederaan selepas terkena pisau sebelum ditarik keluar oleh suspek.
"Kedua-dua suspek kemudian melarikan diri dengan memandu kenderaan milik beliau," kata jurucakap itu lagi.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Padawan Supt Pauzi Bujang mengesahkan kejadian dan polis sudah melancarkan gerakan mengesan suspek dan kenderaan yang dilarikan. - BERNAMA
SELAMAT TINGGAL
Kebersamaan adalah hal yang paling membahagiakan dalam hidup, hidup berdampingan dengan orang yang kita sayangi adalah hal yang kita harapkan di hidup ini, namun setiap tahap kehidupan kita selalu berhadapan dengan dua hal yang tak terpisahkan, susah dan senang, bersama dan sendiri, perjumpaan dan perpisahan, silih berganti dalam hidup kita seperti malam dan siang. Tak semua orang bersedia menghadapi perpisahan, karena perpisahan selalu membawa air mata dan kepedihan, tetapi kita boleh melalui itu semua kerana perpisahan tidak selamanya menyakitkan dan tidak selamanya perpisahan berbuah penyesalan. Ada hal-hal yang perlu kita perhatikan seperti berikut ini :
1. Ada yang lebih baik
Jika kita berpisah itu artinya masih ada yang lebih baik untuk kita, mungkin kita dapat bertemu penggantinya secepat mungkin atau mungkin memerlukan beberapa waktu, semua bergantung pada hati kita terhadap yang baru (penggantinya)
2. Lebih baik perpisah daripada saling menyakiti
Jika setiap kali bersama yang ada hanya amarah dan perselisihan bukankah lebih baik berpisah, dan hidup yang selalu diwarnai dengan amarah boleh menyebabkan depresi atau tekanan batin, daripada terjadi hal-hal yang buruk yang merosakksn fizikan dan mental bukankah lebih baik berpisah.
3.Lebih baik sendiri
Mungkin setelah sekian lama bersama yang ada hanya perselisihan dan perbezaaan pendapat, bukankah lebih baik mengakhiri hubungan dan hanya bersendiri saja,itu lebih baik
4.sedar kekurangan diri.
mungkin jika masih bersama kita kurang melihat apa yang terjadi dengan diri kita atau dengan hubungan kita, kerana terkadang yang diperlihatkan adalah yang baik-baik dan manis-manis saja, dan setelah berhadapan dengan konflik baru terlihat yang diluar dugaan, bila hal itu terjadi alangkah baiknya intropeksi diri dan mulai belajar memahami lebih baik, mendengar lebih baik sebelum memutuskan sesuatu.
5. semangat berdikari
kadang tanpa kita sedari kebersamaan kita membuat kita menjadi sangat bergantung, apa-apa kita serahkan kt sahabat kita, hal ini kadang membuat kita menjadi begitu bergantung dan mengharapkkan, hal ini jelas kurang baik bagi kehidupan kita, oleh karena itu kadang perpisahan mengajarkan kita untuk menjadi berdikaridan lebih kuat dari sebelumnya. Jadi sebenarnya perpisahan bukanlah hal yang buruk jika memang kita boleh menjadi lebih baik dari sebelumnya. Biarlah hidup itu terus berjalan dengan atau tanpa dia di sisi, karena kadang perpisahan mengajarkan kita kedewasaan dan percaya pada diri sendiri bahwa ternyata kita tak selemah yang kita bayangkan ketika si dia tak lagi di sisi.
Langgan:
Catatan (Atom)