Pengikut

Isnin, 18 Ogos 2014

Terima Kasih Semua....

Kata sesetengah orang, usia bukanlah segalanya. Bukan jugak sesuatu yang perlu ditakuti dan diambil berat sangat. Sesetengahnya lagi kata , usia merupakan satu penanda aras ataupun titik tolak mula kemajuan seseorang. Bagi aku, usia memang sesuatu yang menarik. Dalam masyarakat kita sendiri, kalau nak diukur perangai seseorang, selalunya orang kita akan kaitkan dengan usia. Maka lahirlah ayat ayat macam ni


“Dah umur 31 pun , perangai macam budak budak” ataupun ayat “ Dah tua bangka nak masuk 31 tahun pun, perangai tak reti nak ubah lagi” . 


Maka disini kita boleh assume yang usia memang menentukan pandangan seseorang pada kita. Makin meningkat usia, makin tinggi expectation orang pada kita. Jadi, usia yang meningkat saban tahun sangat penting kepada kita untuk kita ukur dan lihat balik apa kemajuan dan kejayaan yang kita dah dapat sepanjang peningkatan tersebut . Kan?? Kalau umur meningkat, tapi langsung tak ada kejayaan , apa gunanya kita hidup kan? Sedangkan badan kita pun ada pertumbuhan , dari kecik sampai la besar badak gini haa. Mengapa pulak diri yang didalam tak nak ditumbuhkan jugak kan? Buat malu ja hidup didunia menghirup udara free dari Tuhan kan? 


Alhamdulillah harini, 18 Ogos 2014 . Tapi yang bermaknanya, harini genaplah sudah 31 tahun aku dilahirkan kat dunia ni. Terima kasih mak, terima kasih ayah. 31 tahun yang lalu aku datang ke dunia ni,disambut oleh nurse yang aku harap adalah nurse cantik sebab first impression kan ke sangat penting untuk membina otak yang baik. hehe. Lahir  dengan harapan besar dari mak ayah untuk jadi manusia berguna, aku harap dalam 31 tahun ni aku ada jugak gunanya hidup . 


Maaf kepada yang wish happy birthday di Whatsapp. Anda terpaksa spend time membaca karutan aku kali ni. Sebenarnya nak ucapkan beribu juta billion terima kasih  kat korang yang sudi mengewish sempena birthday aku . Kenal tak kenal lain kira, yang penting korang memang sporting habis and terima kasih bebanyak sangat sebab sudi luangkan beberapa saat anda yang berharga untuk type in beberapa perkataan untuk wish kat aku. Aku sangat hargai semua tu. Doa anda sangat lah bermakna untuk aku terus berjaya dalam hidup.




Mungkin setakat tu jela kot entry ni. Hadiah?? Aku tak berharap pun untuk dapat hadiah. Memang dah terbiasa dari kecik tak dapat hadiah sebab memang tak celebrate birthday macam orang lain. Kesian? Tak la. Kalau celebrate gah2 tapi makin besar makin teruk pun tak ada guna kan? Lebih baik setiap kali sampai birthday kita, kita duduk sendirian dan renung balik dalam masa setahun yang berlalu tu, apa yang kita dah dan belum lakukan. Buat review balik and kalau boleh, kita tampalkan apa yang kurang. 


Entry nak cakap terima kasih je kepada yang wish , tapi dah melalut bukan main panjang kan? itulah masalahnya bila dah mula menaip, ada ja idea yang datang . Ok habiss dah . Ini last. Assalamualaikum.Happy Birthday To Meeeeeeeeee~~~ Semoga anda semua sihat dan selalu bahagia. 


Isnin, 28 Julai 2014

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2014

The PenaPerjalanan.blogspot.com  
wishes 
 Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin
 to all Malaysians and Muslims around the world, and its readers.
Have a blessed .May we always be a nation of good people, embracing the values and principles of our founding fathers that make us Malaysians.

Isnin, 21 Julai 2014

MH17 : SALAM TAKZIAH




TAKZIAH KEPADA SELURUH AHLI KELUARGA KREW DAN PENUMPANG MH17.DOA KAMI BERSAMA MH17.SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN BERSAMA GOLONGAN ORANG YANG BERIMAN.AL-FATIHAH
#prayformh17

Selasa, 15 Julai 2014

PENCEROBOHAN MABUL : DOA KAMI SENTIASA BERSAMA MEMPERTAHANKAN KEDAULATAN NEGARA

PENCEROBOHAN MABUL : CADANGAN TLDM PERLU DITERIMA DAN DIKUATKUASAKAN SERTA MERTA

LUMUT: Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencadangkan pasukan keselamatan dibenarkan 'shoot on sight' terhadap mana-mana kumpulan mencurigakan yang memasuki perairan Sabah, sebagai usaha menghalang pencerobohan kumpulan pengganas dari selatan Filipina ke negara ini. Panglimanya, Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar berkata, peraturan atau undang-undang sedia ada yang tidak membenarkan 'shoot on sight' (menembak pada penglihatan) sehingga menghalang pasukan keselamatan seperti TLDM untuk membanteras kumpulan berkenaan secara tuntas. "Sudah tiba masanya Peguam Negara memikirkan perkara ini, bagi memudahkan pengurusan keselamatan di pantai timur Sabah. "Jika tidak, mereka (kumpulan pengganas) akan sentiasa berjaya melepaskan diri," katanya pada sidang media selepas menyaksikan majlis serah terima tugas Panglima Armada di Pangkalan TLDM Lumut di sini sebentar tadi. Panglima Bantuan, Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli dilantik sebagai Panglima Armada yang baru menggantikan Laksamana Madya Datuk Abd Hadi A Rashid yang bersara wajib. Mohamad Roslan turut memangku jawatan Panglima Bantuan sehingga penggantinya dipilih.Sumber: Berita HarianFoto: Hiasan

Isnin, 14 Julai 2014

PENCEROBOHAN MABUL : KONSTABEL ZAKIA ALEIP HUBUNGI ISTERI

KOTA KINABALU: Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, mengesahkan Konstabel Zakiah Aliep menghubungi isterinya, Sharifah Erna Berson, malam tadi."Dalam perbualan singkat itu, Zakiah dilaporkan memberitahu isterinya dia kini berada dalam tawanan kumpulan penculik bersenjata, namun tidak menyatakan lokasi dia berada," kata Khalid ketika dihubungi BH, sebentar tadi. Zakiah, 26, sebelum ini dilaporkan hilang sejurus selepas serangan hendap kumpulan bersenjata di sebuah resort terapung di Pulau Mabul di perairan Semporna, malam kelmarin. Dalam kejadian jam 11.10 malam itu, rakan setugasnya Koperal Ab Rajah Jamuan, 32, terbunuh susulan tembakan rambang dilepaskan oleh kumpulan lapan suspek terbabit.Sumber Berita Harian

PENCEROBOHAN MABUL : JENAZAH ANGGOTA POLIS MARIN KOPERAL ABD RAJAH SELAMAT DIKEBUMIKAN

      
SEMPORNA - Jenazah anggota polis Marin, Koperal Ab Rajah Jamuan yang terbunuh dalam serangan hendap di Pulau Mabul pada Sabtu malam, selamat dikebumikan di kampung halaman, Kampung Bubul Batu di sini, dengan penuh istiadat penghormatan daripada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), hari ini.     Jenazah dibawa dari bilik mayat Hospital Tawau pada lewat malam tadi ke rumahnya dan disembahyangkan pagi ini sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bubul Batu, Jalan Batu 3 1/2, di sini.     Suasana pilu turut disertai hujan renyai-renyai ketika upacara pengebumian yang dihadiri lebih 200 orang terdiri daripada keluarga terdekat, kenalan rapat dan anggota polis bagi memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham Ab Rajah.     Terdahulu, keranda jenazah yang dibaluti bendera Jalur Gemilang dibawa dari rumah keluarga Allahyarham serta diusung enam anggota polis Marin yang juga rakan Allahyarham.     Turut hadir, Komander Polis Marin Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Abdul Malik Harun, Ketua Polis Semporna Superintendan Mazlan Lazim dan Ketua Polis Tawau, Asisten Komisioner, Awang Besar Dullah.     Isteri Allahyarham, Salamah Amad, 26, yang kelihatan tenang ketika ditemui pemberita berkata beliau berbangga merelakan pemergian arwah sebagaimana yang pernah disuarakan impiannya untuk sanggup berkorban demi tanah air.     "Saya redha dia pergi...memang niat dia ingin mati berjuang untuk negara kerana masa kejadian Tanduo (Lahad Datu) dia memberi nama untuk ke Tanduo, tetapi arwah ditugaskan di Sandakan," katanya sambil menambah ketika itu beliau sedang mengandungkan anak lelaki sulung yang akan memasuki usia setahun pada 26 Julai ini.     Menceritakan mengenai latar belakang suami, anak jati Tawau itu berkata, Allahyarham Ab Rajah merupakan seorang insan yang bersemangat juang tinggi sejak berkhidmat sebagai polis pada 2004.     "Kalau orang lain boleh kuat, kenapa saya tidak? Saya boleh menjadi sekuat itu merelakan pemergian arwah demi negara ini.     "Saya tahu dia pun gembira mati syahid di syurga kerana selepas bedah siasat selesai dan dicuci bersih semalam saya amati wajahnya kelihatan tersenyum gembira," katanya yang menyatakan arwah tidak menunjukkan sebarang perubahan sebelum keluar bertugas di Pulau Mabul, Jumaat lepas.     Sementara itu, bapa Allahyarham Jamuan Ajuan, 70, yang masih terkejut dengan hakikat kehilangan anak keempat daripada enam beradik itu akur dengan suratan Ilahi kerana arwah amat meminati bidang kepolisan.     "Ibu arwah, Kamsiah Indanan kini amat bersedih kehilangan anak tersayang tetapi kami redha dia meninggal ketika bertugas untuk mempertahankan negara," katanya.     Sepupu Allahyarham, Noor Hani Mokhtar, 37, pula menyifatkan pemergian Allahyarham memberi tamparan hebat kepada keluarga selepas kematian seorang lagi  sepupu akibat penyakit kronik, Jumaat lepas.     "Arwah memang seorang yang pendiam dan tidak pandai untuk bercerita dengan keluarga walaupun mempunyai masalah, malah dia memang seorang yang fokus dalam kerjayanya," katanya.     Beliau berkata arwah sendiri menawarkan diri untuk berpindah ke negeri kelahirannya selepas permohonan dibuka kepada mana-mana anggota untuk berkhidmat di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone) dan permohonan berjaya dalam masa sehari.     Allahyarham Ab Rajah, 32, yang berasal dari Semporna bertugas sebagai jurumudi kapal rondaan air 1, di Balai Polis Pulau Mabul dan pernah bertugas di Kampung Acheh Perak kira-kira setahun yang lalu sebelum berpindah ke Semporna.     Dalam kejadian pada 11.10 malam Sabtu lepas, seorang lagi rakan sekerja yang juga anggota Marin, Konstabel Zakia Aleip, 26, hilang, dipercayai diculik penceroboh di sebuah pusat peranginan di pulau itu. - Bernama