Pengikut

Selasa, 14 Oktober 2014

PULAU MABUL,SABAH : DESTINASI TERBAIK PERCUTIAN



Mabul adalah sebuah pulau kecil yang berbentuk bujur yang dipenuhi dengan pohon-pohon palm yang tinggi, pasir putih yang lembut dan dikelilingi oleh air biru yang kehijauan dari Laut Sulawesi. Pengunjung boleh berjalan-jalan di sekitar Pulau Mabul yang mengambil masa sekitar setengah jam sahaja. Terdapat perkampungan orang Bajau di sekitar pulau Mabul dan sekaligus memberikan gambaran terhadap gaya hidup tradisional mereka.

Pulau Mabul dikatakan salah satu lokasi fotografi-makro terhebat di dunia. Pulau ini yang terletak di perairan jernih Laut Sulawesi tidak jauh dari pantai Sabah dikelilingi terumbu karang yang melandai sedalam 2 hingga 40 meter. Pulau seluas 21 hektar ini lebih besar dari Pulau Sipadan dan menjadi tempat tinggal kaum Bajau Laut yang merupakan salah satu etnik pribumi Negeri Sabah.
Menyelam skuba adalah aktiviti utama di pulau ini dan selaman boleh dijalankan sepanjang tahun. Antara hidupan laut yang terdapat di sini ialah kuda laut, tapak sulaiman, ikan goby, ikan baji-baji, 'pipefish' dan belut ular. Terdapat lebih dari lapan tapak selaman yang popular di sini di mana setiap satu dengan kelebihannya yang tersendiri.
Aktiviti di Pulau Mabul sering bergantung kepada resort yang pengunjung pilih untuk menginap. Pulau Mabul menyediakan  chalets pantai sederhana dan murah sehinggalah banglo yang mahal dan mewah. Banglo yang dibina di atas perairan cetek mengingatkan gaya kehidupan santai Maldives. Antara aktiviti yang boleh dilakukan merangkumi Snorkeling, kayak laut, bola tampar pantai serta berehat di kolam renang atau Jacuzzi.



Tiada ulasan: