Menurut laman facebook Desa Cattle Farm Kundasang Sabah, ladang ini dibuka pada tahun 1981 dengan keluasan 199 hektar. Memang luas sekali padang ragut di sana. Lokasi ladang yang jauh dari kesibukan kota dan jalan utama memang sesuai untuk pembiakan lembu. Udara di sana memang bersih dan sejuk dan Gunung Kinabalu juga jelas kelihatan.
Ladang Desa Cattle Farm Kundasang Sabah ini diuruskan oleh Desa Dairy Project, TENUSU DESA, of Desa Cattle (S) Sdn. Bhd yang mana mereka mensasarkan pengeluaran sebanyak 900,000 liter susu setahun. Lembu-lembu yang ada di sana adalah dari jenis Friesians . Lembu ini dijangka mampu menghasilkan susu secara purata 14 liter sehari untuk seekor lembu.
Aktiviti memerah susu lembu juga ada dibuat di Desa Cattle Farm Kundasang Sabah. Sudah pasti melihat sendiri proses memerah susu lembu adalah satu pengalaman berharga kepada sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana. Susu lembu segar juga ada dijual di sini. –
untuk keterangan lanjut sila layari http://www.sabahtourism.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan