Pengikut

Ahad, 18 Januari 2015

CUTI-CUTI MALAYSIA : Taman Eko-Rimba (TER) Lata Kinjang

Air terjun bertingkat ditambah aliran air yang bebas pencemaran dari Banjaran Titiwangsa menjadikan Taman Eko-Rimba (TER) Lata Kinjang, Tapah, Perak yang dahulunya dikenali kawasan perkelahan Lata Kinjang kian menjadi tumpuan orang ramai.
Air yang mengalir melalui takat terjun membentuk kolam kecil secara semula jadi dan memberi keselesaan kepada pengunjung menikmati kesegaran serta kesejukan air terjun. 

Tanpa membuang masa, penulis dan rakan-rakan menghabiskan masa dengan mandi-manda sambil mencuci mata melihat persekitaran yang indah. Aktiviti kami diselangi dengan menjamah makanan ringan.
Pastinya kami berasa teruja apabila berpeluang merasai pengalaman menikmati keindahan alam sambil mendengar bunyi unggas rimba. Pengunjung juga boleh mandi di dalam kolam yang dibina di setiap aras air terjun. Penulis dan rakan-rakan berbual sambil berendam di dalam air yang sejuk dan menyegarkan, tambahan pula ketika itu cuaca agak panas.
Bagi yang berkeluarga, banyak pondok disediakan di bahagian bawah yang boleh digunakan sebagai tempat berkelah atau berehat. Pengunjung juga tidak akan sesat kerana banyak papan tanda menunjukkan arah ke air terjun itu, selain berasa selesa dengan keadaan jalan raya yang sudah dibaikpulih.
Antara kemudahan lain yang disediakan di kawasan air terjun adalah surau, tandas awam serta gerai menjual makanan, minuman dan kedai cenderamata.
Menjelang senja, kami bertolak ke pekan Chenderiang untuk menunaikan solat Maghrib sebelum meneruskan perjalanan ke port klang...







Tiada ulasan: