Pengikut

Rabu, 13 Julai 2011

ULANGTAHUN KELAHIRAN SAHABATKU-MOHD SYAFRUDIN AZWAN BIN AZMAN(PANJANG)


سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


TANGGAL 12 JULAI 2011 GENAPLAH 26 TAHUN USIAMU.TANPA KITA SEDARI KADANG-KADANG PERJALANAN USIA YANG TERLALU CEPAT AGAK MENDEBARKAN.SEINGAT AKU TELAH HAMPIR 7 TAHUN KITA MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN.SEPANJANG 7 TAHUN TEMPOH ITU CUKUP MENDUGA ERTI SEBUAH PERSAHABATAN.KADANGKALA BILA SALAH SEORANG ANTARA KITA JATUH SALAH SEORANG DARIPADA KITA AKAN BANTU MEMBANGUNKAN KEMBALI DIRI KITA..DAN KESEMPATAN INI KUTITIPKAN UCAPAN :


Selamat Hari Lahir Sahabatku Panjang. Semoga ALLAH redha dgnnmu, mengurniakan rahmat yg luas,membuka pintu-pintu rezeki,melahirkan zuriat-zuriat yang sehat,mengurniakan kecemerlangan dan menggolongkanmu dlm kalangan yg beriman kepada-Nya.
Sentiasa aku tembakkan doa berdas-das tanpa lupa buatmu,isteri dan anak-anakmu ,dlm gerak perjuangan. Sentiasa mengharapkan agar Allah redha dengan ukhuwwah ini dan semoga ukhuwwah ini memberikan kesan yang mendlm kpd diri kita, dan masyarakat amnya.


Selasa, 12 Julai 2011

EDISI KHAS SEMPENA HARI LAHIR SAHABATKU @ MOHD SYAFRUDIN AZWAN

السلام عليكم

سْــــــــــــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم


TANGGAL 12 JULAI 2011 GENAPLAH 26TAHUN USIAMU.TANPA KITA SEDARI KADANG-KADANG PERJALANAN USIA YANG TERLALU CEPAT AGAK MENDEBARKAN.SEINGAT AKU TELAH HAMPIR 6 TAHUN KITA MENGENALI ANTARA SATU SAMA LAIN.SEPANJANG 6 TAHUN TEMPOH ITU CUKUP MENDUGA ERTI SEBUAH PERSAHABATAN.KADANGKALA BILA SALAH SEORANG ANTARA KITA JATUH SALAH SEORANG DARIPADA KITA AKAN BANTU MEMBANGUNKAN KEMBALI DIRI KITA..DAN KESEMPATAN INI KUTITIPKAN UCAPAN :

Selamat Hari Lahir Sahabatku Panjang. Semoga ALLAH redha dgnnmu, megurniakan rahmat yg luas,membuka pintu2rezeki,mengurniakan kecemerlangan&menggolongkanmu dlm kalangan yg beriman kepada-Nya.
Sentiasa aku tembakkan doa berdas2 tanpa lupa buatmu,dlm gerak perjuangan. Sentiasa mengharapkan agar Allah redha dengan ukhuwwah ini& moga2 ukhuwwah ini memberikan kesan yang mendlm kpd diri kita, dan masyarakat amnya.


Sahabat, adalah saham akhirat kita .....

Ada satu hadith sohih riwayat Bukhari&Muslim telah membuatkan aku menjadi bersemangat dalam menjaga persahabatan ini.
Rasulullah SAW bersabda:
“Tujuh golongan yang akan diaungi oleh Allah pada hari tiada naungan selain naungan-Nya adalah:
1) Pemimpin yang adil,
2) pemuda yang kehidupannya sentiasa beribadah kepada Allah,
3) seorang lelaki yang hatinya bertautan dengan masjid,
4) dua lelaki yang saling cinta mencintai hanya kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana-Nya,
5) seorang lelaki yang dirayu oleh perempuan kaya lagi cantik untuk berzina, kemudian dia berkata: Sesungguhnya Aku takutkan Allah,
6) seorang yang mengeluarkan sedekah secara sembunyi(ikhlas) sehingga tangan kirinya tidak mengetahui,
7) seorang yang bermunajat kepada Allah di tempat sunyi sehingga mengalir air matanya”

(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim).


Ya. Sekiranya benar-benar kita bina hubungan kita dengan sahabat kita kerana Allah SWT. Maka Allah akan melindungi kita di akhirat kelak.

Bersahabat atas keimanan, memang indah bukan?



Create your own banner at mybannermaker.com!
Erti Sebuah Persahabatan ........

Dalam dunia ini kita tidak punya sesiapa, Kecuali diri sendiri.. TetapiDalam kita bersendirian,kita beruntung kerana. Mempunyai seorang sahabat yang memahami kita.
Sebagaimana kita mengharapakan keiklasan dan kejujuran Seorang sahabat,begitulah juga dia.
Tetapi kita sering terlupa akan hal itu.

Cuma mengambil kira tentang harapan dan perasaan kita.
Kita rasa dikhianati bila dia tidak menepati janjinya.
Kita tidak memberi dia peluang untuk menerangkan keadaannya.
Bagi kita, itu alasannya untuk menutup kesilapan dan membela diri.

Kita juga pernah membiarkan dia ternanti-nanti kerana kita juga ada janji yg tidak ditepati.
Kita beri beribu alasan memaksa dia terima alasan kita.
Waktu itu, terfikirkah kita perasaannya..?
Seperti kita, dia juga tahu rasa kecewa..tetapi kita sering terlupa.

Untungnya mempunyai seorang sahabat yang sentiasa memahami
Yang selalu berada disisi pada waktu kita memerlukannya.
Dia mendengar luahan perasaan kita,segala rasa kecewa dan ketakutan.
Harapan dan impian juga kita luahkan.
Dia memberi jalan sebagai laluan penyelesaian masalah.
Selalunya kita terlalu asyik menceritakan tentang diri kita hingga
Kadang-kadang kita terlupa sahabat kita juga ada cerita yg ingin dikongsi bersama kita.
Pernah kah kita memberi dia peluang untuk
menceritakan tentang rasa bimbangnya,rasa takutnya?
Pernahkah kita menenangkan dia sebagaimana dia pernah menyabarkan kita.

Ikhlaskah kita mendengar tentang kejayaan dan berita gembiranya?
Mampukah kita menjadi sumber kekuatannya sepertimana dia meniup semangat setiap kali kita rasa kecewa dan menyerah kalah?
Dapatkah kita yakinkan dia yg kita boleh dipercayai, kita boleh dijadikan tempat untuk bersandar bila terasa lemah, agar tidak rebah.?

Bolehkah kita menjadi bahu untuk dia bersandar harapan?
Sesekali jadilah sahabat yg mendengar dari yg hanya bercerita..
Ambillah masa untuk memahami hati dan perasaan sahabat
Kerana dia juga seorang manusia,
Dia juga ada rasa takut, ada rasa bimbang,sedih dan kecewa.
Dia juga ada kelemahan dan memerlukan seorang sahabat..

Sebagai kekuatan
Jadilah kita sahabatnya itu.
Kita selalu melihat dia ketawa,tetapi mungkin sebenarnya dia tidak setabah yg kita sangkakan.
Di sebalik senyumannya mungkin banyak cerita sedih yg ingin diluahkan..
Di sebalik kesenangannya mungkin tersimpan seribu kekalutan..
Kita tidak tahu.
Tetapi.jika kita cuba jadi sahabat sepertinya, mungkin kita
akan tahu..

RENUNGILAH...

HARGAILAH SEBUAH PERSAHABATAN KERANA DISEBALIKNYA TERSIMPUL SEGALA-GALANYA .......



Satu-satunya cara agar kita memperolehi kasih sayang, ialah jangan menuntut agar kita dicintai, tetapi mulailah memberi kasih sayang kepada orang lain tanpa mengharapkan balasan. (Dale Carnagie)

Orang yang menunjukkan kebaikkan kepada anda adalah sahabat yang baik. Dan orang yang menunjukkan kesalahan anda adalah sahabat yang paling baik. (Hukamak)

Sumber: Persatuan Ulama' Malaysia


SUATU CERITA UNTUK DIKONGSI BERSAMA...


" ini sebuah kisah tentang dua orang sahabat karib yang sedang berjalan melintasi gurun pasir. Di tengah perjalanan, mereka bertengkar, dan salah seorang menampar temannya. Orang yang kena tampar merasa sakit hati tapi dengan tanpa berkata-kata dia menulis di atas pasir; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENAMPAR PIPIKU. Mereka terus berjalan, sampai menemukan sebuah oasis, di mana mereka memutuskan untuk mandi. Orang yang pipinya kena tampar dan terluka hatinya mencoba berenang namun nyaris tenggelam, dan berhasil diselamatkan oleh sahabatnya. Ketika dia mulai siuman dan rasa takutnya sudah hilang, dia menulis di sebuah batu; HARI INI, SAHABAT TERBAIKKU MENYELAMATKAN NYAWAKU.
Orang yang menolong dan menampar sahabatnya bertanya, "Kenapa setelah saya melukai hatimu, kau menulisnya di atas pasir, dan sekarang kamu menulis di batu?" Temannya sambil tersenyum menjawab, "Ketika seorang sahabat melukai kita, kita harus menulisnya di atas pasir agar angin maaf datang berhembus dan menghapus tulisan tersebut. Dan bila sesuatu yang luar biasa terjadi, kita harus memahatnya di atas batu hati kita, agar tidak bisa hilang tertiup angin "




Semoga kuat dan tabah untuk mengharungi dan berjuang demi sebuah kehidupan.........


Apa yang kita alami demi seorang sahabat kadangkala melelahkan
dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering disajikan dengan pelbagai dugaan tetapi persahabatan dalam erti kata sebenar sudah pasti mampu mengatasi setiap dugaan yang mendatang, bahkan tumbuh dan berkembang kerananya.

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan satu proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya. Persahabatan diwarnai dengan pelbagai pengalaman suka dan duka, dihibur-disakiti, diperhatikan-dikecewakan, didengar-diabaikan, dibantu-ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian.

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, justru kerana kasihnya pada sahabat, dia akan memberanikan diri menegur apa adanya dengan cara yang paling terhormat.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mau dan akan berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat memerlukan usaha, pemeliharaan dan kesetiaan tetapi bukan pada saat kita memerlukan bantuan barulah kita memiliki motivasi untuk mencari perhatian, pertolongan dan penyataan kasih dari orang lain, tetapi berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang diperlukan oleh seorang sahabat.

Kerinduannya adalah sebahagian dari kehidupan sahabatnya, kerana tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistik. Semua orang pasti memerlukan sahabat sejati, namun tidak semua orang mampu mendapatkannya.

Ramai yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.

Sebelum mengundurkan diri saya tinggalkan anda semua dengan kata-kata ini

“Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita.”

salam hormat..sampai berjumpa lagi untuk coretan akan datang..

http://www.facebook.com/sedepe @ http://www.facebook.com/wanzainii

Isnin, 16 Mei 2011

SELAMAT HARI GURU 2011


TIADA KATA SEMANIS BICARA, TIADA HADIAH SELAIN UCAPAN "SELAMAT HARI GURU" ISTIMEWA BUAT WARGA PENDIDIK DISELURUH NEGARA.SESUNGGUHNYA PENGORBANAN SEORANG GURU AMAT BESAR MAKNANYA DALAM MELAHIRKAN INSAN CERDIK PANDAI DI MALAYSIA.SEMUANYA BERMULA DARI SEORANG GURU.UMPAMA POTONGAN LAGU INI:

BERMULA A,B,C HINGGA Z
HITUNG SATU SAMPAI SEPULUH..

ITULAH SEBAHAGIAN DARIPADA PETIKAN LAGU YANG SAYA MASIH INGAT LAGI DITUJUKAN KHAS BUAT GURU-GURU SAYA SEMASA HARI PERPISAHAN DI DARJAH ENAM DAHULU.SESUNGGUHNYA SEGALA ILMU YANG DICURAHKAN PADA ANAK DIDIK AMAT BERGUNA KEARAH MASA DEPANG YANG GEMILANG.

DALAM MASA YANG TERLALU SINGKAT SAYA DIBERI KESEMPATAN OLEH PIHAK KEMENTERIAN PELAJARAN UNTUK MENJADI TENAGA PENGAJAR DISALAH SEBUAH SEKOLAH RENDAH DIPENDALAMAN SARAWAK MENJADIKAN SAYA SEDAR SESUNGGUHNYA MENJADI SEORANG GURU BUKANLAH SATU KERJAYA YANG CUKUP MUDAH SEPERTI YANG DISANGKA.BIARPUN ADA YANG BERANGGAPAN GURU MEMPUNYAI MASA TERLUANG YANG BANYAK APABILA PELAJAR BERCUTI SAYA SANGKAL SAMA SEKALI.DAN PADA PENGALAMAN SAYA SEMUANYA TIDAK SEPERTI YANG DISANGKAKAN.ADA JUGA GURU-GURU YANG TERPAKSA BEKERJA PADA MUSIM CUTI SEKOLAH.

JANGAN TERLALU MUDAH KITA MENILAI TANPA MERASA SEBUAH PENGALAMAN.SAYA JUGA WALAUPUN TELAH LAMA MENINGGALKAN PROFESYEN PERGURUAN TETAPI CINTA SAYA DALAM BIDANG TERSEBUT MASIH LAGI MENEBAL & TINGGI. DAN KEPADA GURU-GURU BARU SAYA MENGHARAPKAN BEKERJALAH DENGAN PENUH KEIKHLASAN JANGAN HANYA MEMANDANG IMBUHAN YANG BANYAK YANG TELAH KERAJAAN BERIKAN.APA YANG LEBIH PENTING IALAH MENCURAHKAN SEGALA ILMU DEMI MELAHIRKAN ANAK BANGSA YANG CEMERLANG.

Bukan musuh yang diundang tapi mencari kawan yang sejati..
Bukan ilmu yang ingin ditunjuk tapi sekadar untuk dikongsi..
Bukan mudarat yang diminta tapi manfaat yang diingini..
Bukan dunia yang dikejar tapi akhirat yang dicari... Bukan mengharap nama dipahat tapi mendidik ikhlas di hati...

SELAMAT HARI GURU BUAT GURU-GURU DISELURUH MALAYSIA.


"Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara"

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepadaTuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.













Isnin, 25 April 2011

KEBAIKAN VS CEMBURU KER??

Aku dikatakan baik hati. Terlalu baik sehingga ada orang kata, aku baik tak bertempat, terlalu baik tak bertempat.

Ada kawan baik, dan kawan baik aku dicemburui oleh orang lain kerana baik dengan aku. Dan ada orang kata, kawan dia itu cuba pula baik dengan aku untuk dapat keistimewaan seperti yang diperolehi oleh kawan baik aku. Dan sudahnya, aku rasa, kawan baik aku tu pula sudah cemburu dengan kawannya tadi...

Aku akui, aku terlalu baik dengan kawan baik aku, sehingga menimbulkan perasaan cemburu di kalangan rakan-rakan yang lain.

Betul, betul gak kata org,"bukan senang nak memuaskan hati semua org"

Aduhai...

Rabu, 20 April 2011

ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA..

RASANYA TELAH SEKIAN LAMA SAYA TIDAK MENULIS DISEBABKAN KESIBUKAN SEMPENA KEMPEN PILIHANRAYA SARAWAK KE-10 YANG LALU..ALHAMDULILLAH SAYA MASIH DIBERI PELUANG,RUANG DAN KESEMPATAN UNTUK BERSAMA KALIAN SEMUA..ALHAMDULILLAH BERAKHIRNYA PILIHANRAYA SARAWAK DIMANA KEPUTUSANNYA TELAH KALIAN SEMUA SEDIA MAKLUM KINI BARISAN NASIONAL(BN) SEKALI LAGI DIBERI PELUANG OLEH RAKYAT SARAWAK UNTUK TERUS BEKERJA UNTUK MEREKA.SAYA BEGITU BERHARAP AGAR SETIAP MANIFESTO SEMASA KEMPEN PILIHANRAYA YANG LALU DILAKSANAKAN SECEPAT YANG MUNGKIN AGAR RAKYAT TERUTAMANYA GOLONGAN MUDA TIDAK TERLALU CEPAT MENGGANGAP INI CUMA HIASAN KEMPEN PILIHANRAYA SAHAJA.DATANG DAN PERGI PEMIMPIN ADALAH PEKARA YANG BIASA DALAM ARENA POLITIK SEMASA.KEKALAHAN TIMBALAN KETUA MENTERI SARAWAK PERLU DIJADIKAN IKTIBAR KEPADA BARISAN NASIONAL(BN) YANG SEBELUM INI MUGKIN AGAK SELESA DAN MUNGKIN JUGA BERFIKIRAN RAKYAT TIDAK AKAN MEMILIH PARTI-PARTI YANG BERMASALAH.MUNGKIN SEMUANYA KENA DIPERTIMBANGKAN SEMULA.RAKYAT JUGA MAHUKAN PERUBAHAN BUKAN PERSAMAAN SEMATA-MATA.SEGALA-GALANYA TIDAK MUSTAHIL KERANA SETIAP UNDI DITANGAN RAKYAT.JIKA SEBELUM INI TERLALU FOKUS DIKAWASAN BANDAR-BANDAR SELEPAS INI PERLU BERI KEUTAMAAN TERHADAP PEMBAGUNAN LUAR BANDAR KHUSUSNYA DI PENDALAMAN YANG MASIH MEMERLUKAN SISTEM JARINGAN JALAN RAYA YANG BAIK.JANGAN PULA BERANGGAPAN RAKYAT DIPENDALAMAN AKAN TERUS SETIA KEPADA SATU PARTI SAHAJA.SEGALANYA TIDAK MUSTAHIL.DALAM TEMPOH SEBELUM PILIHANRAYA SARAWAK KE-11 PERLU BERTINDAK SEGERA.LAKUKAN AMANAH YANG TELAH DIBERI RAKYAT DENGAN SEBAIK-BAIKNYA.KERAPKAN TURUN PADANG TERUTAMANYA DIPENDALAMAN SARAWAK.JIKA PADA KEMPEN PILIHANRAYA SEMUA PERINGKAT PEMIMPIN PUSAT DAN NEGERI BOLEH TURUN PADANG APA SALAHNYA SELEPAS INI JADIKAN SEBAGAI AMALAN..KERAPKAN BERTEMU RAKYAT.PERINCIKAN SETIAP PERMASALAHAN MEREKA.JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN IMPIAN MEREKA.

SEMOGA SARAWAK TERUS MELANGKAH MAJU SEIRING DENGAN NEGERI-NEGERI LAIN DIMALAYSIA.

SEKIAN SAHAJA UNTUK KALI INI.SEMOGA KITA BERTEMU UNTUK ISU YANG LAIN.

SEKIAN,WASSALAM...DAN SALAM HORMAT..

Sabtu, 8 Januari 2011

PEMIMPIN VS RAKYAT

Penulis bergambar kenangan bersama Y.B Khalid Abdul Samad Ahli Parlimen Shah Alam
pada Sabtu 08/01/2011

Pemimpin dan Rakyat tidak dapat dipisahkan dari dunia politik dulu dan kini.Pemimpin wujud kerana adanya rakyat.rakyat juga memerlukan pemimpin sebagai jambatan penghubung antara mereka dengan kerajaan.Keluhan,pandangan,permintaan rakyat perlu diambil perhatian agar masalah rakyat dapat diselesaikan dalam masa yang singkat.Konsep turun padang tanpa mengira parti politik perlu diutamakan untuk pemimpin mendapat maklumat secara terus permasalahan yang dihadapi rakyat.secara keseluruhannya jika konsep ini diamalkan akan mendekatkan jurang antara pemimpin dan rakyat.banyakkan buat kerja daripada bercakap adalah satu langkah yang bijak.Taraf hidup rakyat dan pemimpin jangan terlalu jauh.

Kalau rakyat berteduh di rumah usang, jangan pula pemimpin memilikki mahligai
Kalau rakyat ikat perut, jangan pula pemimpin makan di restoran 5 bintang
Kalau rakyat mengayuh basikal, jangan pula pemimpin menaiki kereta mewah
Kalau rakyat tidak berduit, jangan pula pemimpin memburu jutawan
Kalau rakyat tak mampu membayar yuran sekolah, jangan pula pemimpin hantar anak ke luar negeri
Kalau rakyat berpakaian lusuh, jangan pula pemimpin berkot dan bertali leher

perlu diingat sebelum menjadi pemimpin mereka juga adalah sama daripada golongan rakyat juga.jika konsep ini terus diamalkan nescaya rakyat merasakan mereka pemimpin berjiwa rakyat...

Sabtu, 1 Januari 2011

SELAMAT TAHUN BARU 2011


Tanpa kita sedari semakin hari semakin pantas masa dan waktu berlalu pergi tanpa sedikit pun kita merasa akan kehilangan waktu yang amat bermakna itu...2010 sudah berlalu pergi meninggalkan kita dengan berjuta kenangan pahit dan manis dalam menjalani kehidupan seharian.dengan berbekalkan semangat jitu yang tinggi dalam melaksanakan setiap azam baru harus kita meneliti dan bertanya kepada diri sendiri apakah azam tahun lepas terlaksana sepenuhnya dan mencapai matlamat yang kita sasarkan???kadang-kadang kita terlupa suatu perkara dimana usia kita semakin hari semakin meningkat remaja,dewasa,apakah kita bersedia untuk menempuh suatu kehidupan baru yang semakin mencabar ini???seandainya masa itu dapat diputarkan kembali pasti ramai diantara kita yang mengimpikan untuk kembali kezaman silam mereka.Ramai yang berkata perjalanan kehidupan kita masih jauh lagi..tapi bagiku kehidupan didunia yang bersifat sementara ini harus dimanfaatkan sebaiknya untuk membahagikan sama rata..bak kata orang semakin meningkat dewasa suatu alam yang lain akan dekat dengan kita...tapi persoalannya jauh berbeda sekali.tidak ramai yang sedar dalam usia yang muda juga ada dikalangan sahabat-sahabat kita yang telah pergi meninggalkan kita kerana menyahut seruan ilahi untuk pulang kepangkuan-NYA.Disini dapatlah kita mengatakan kehidupan kita untuk pulang kepada-Nya tidak mengenal usia bila-bila masa sahaja kita akan dijemput tetapi pernahkah kita bersedia???cukupkah bekalan untuk dibawa kesana???


Dari Ibnu Abbas ,dari Nabi bahwasanya beliau berkata kepada seorang laki-laki
untuk menasehatinya:
“Manfaatkanlah lima (keadaan) sebelum (datangnya) lima (keadaan yang lain):
Hidupmu sebelum matimu, sihatmu sebelum sakitmu, waktu luangmu sebelum
sibukmu, masa mudamu sebelum tuamu, dan kayamu sebelum fakirmu” (Riwayat Al
Hakim dan Baihaqi_)

sama-sama la kita ingat mengingati diantara satu sama yang lain...

dikesempatan ini saya mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2011 untuk rakan-rakan yang sentiasa mengikuti perkembangan diblog ini..semoga tahun baru ini akan merealisasikan setiap azam sebelum tahun baru 2012 menjelma...selamat tahn baru 2011"