Salam sejahtera. Bulan pungutan cukai kembali lagi.Kali ini topik yang diceriterakan adalah Borang
CP 8A -Pindaan 2008 atau lebih dikenali sebagai Borang EA bagi
kakitangan Swasta dan juga Borang EC bagi Agensi Kerajaan. bagi yang
telah lama bekerja pastinya Borang EA/EC sudah tidak asing lagi buat
mereka. Walaubagaimanapun pada tahun ini diperkenalkan Borang EA Pindaan
2008 selaras dengan Bajet 2009 yang dibentangkan di Parlimen.
Kalau
kita bandingkan Borang EA /EC Pindaan 2008 dengan Borang EA/EC tahun
terdahulu ada beberapa perbezaannya. Antaranya seperti berikut.
Di bahagian A Butiran Pekerja tiada lagi ruangan butiran suami bagi wanita yang telah berkahwin.
Bahagian
B Pendapatan Penggajian Manfaat dan Tempat Kediaman pula hanya
menyenaraikan pendapatan yang dikenakan cukai sahaja. manfaat dan
Prequisit yang dikecualikan di dalam Bajet 2009 tidak disenaraikan
disini.
Segala Elaun Manfaat dan Prequisit yang dikecualikan
cukai cuma akan disenaraikan di bahagian G. Jadinya untuk isi borang
nyata cukai (Borang BE) di ruangan pendapatan penggajian cuma perlu
masukkan jumlah bahagian B sahaja dengan
tanpa masukkan nilai sen.
Senang
kan? Takperlu pikir lagi elaun ni kena cukai ke tidak. Kalau dah masuk
bahagian B kirala sekali dalam pendapatan yang boleh dicukai.
Sekarang
ni dah masuk bulan Mac. Pastinya bulan ni Majikan sudah edarkan Borang
EA /EC masing-masing. jadi kalau dah terima borang EA/EC bolehla
e-filing.
Sepertimana tema Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai tahun ini
Cukai dihujung Jari anda. Jom e-filing