"Selamat Hari Lahir Sahabat"
Istimewa buat sahabatku Mohd Syafrudin Azwan Bin Azman@panjang....
12.07 tidak pernah luput dari waktuku...aku doakan semoga kejayaan sentiasa mengiingi perjalanan hidupmu....
Genap 10tahun bersahabat....
Kala hari bahagiamu datang..
Dari diriku terucap salam..
Semoga hari-harimu penuh kehangatan..
Disayangi keluarga dateman-teman..
Dan kepribadianmu semakin matang..
Senantiasa mendekatkan diri pada Tuhan..
Sungguhpun kali ini...
Tiada kek simbolik untuk di tadahkan...
Bukan beerti bisa melupkan memori...
Sekadar mengingatkanmu...
Tidak semua yang kita bakal miliki....
Akan menjadi milik kita selamanya....
Begitu juga dengan persahabatan...
Kita sedang diuji....
Sejauh mana kita bersahabat...
Dan ketika ini....
Harapku hatimu diliputi kedamaian..
Jauh dari rasa iri dan dendam..
Bahagia atas kebahagiaan teman..
Bersyukur atas keberuntungan teman..
Rajin berdoa bukan hanya untuk dirimu..
Tapi juga untuk keluarga dan teman-teman mu..
Sebagai tanda terima kasihmu atas hari-hari penuh kehangatan..
Teriring sebuah ucapan selamat Hari Lahir..
Semoga dirimu dianugerahi Tuhan
dan..
Kepribadian yang semakin menawan..
SAHABAT yang baik adalah anugerah yang tidak ternilai daripada Allah. SAHABAT yang baik penunjuk jalan, penguat langkah dan azam, pendamping yang akan selalu mengingatkan untuk bersungguh-sungguh berusaha membuat bekal negeri abadi. Manusia yang lemah seperti kita tentunya memerlukan SAHABAT, untuk berkongsi suka dan duka, untuk mengingatkan kala terleka, untuk menemani kala beramal ibadat agar lebih bersungguh-sungguh, demi bersama meraih syurgaNya. Seorang Nabi Allah, Nabi Musa AS pun memerlukan teman lantas baginda berdoa kepada Allah agar mengurniakan teman penguat langkah, teman ke syurga.
"Dan jadikanlah untukku seorang pembantu dari keluargaku, iaitu (Harun), saudaraku, teguhkanlah kekuatanku dengan (adanya) dia, dan jadikanlah dia teman dalam urusanku, agar kami banyak bertasbih kepadaMu, dan banyak mengingatiMu, sesungguhnya Allah Maha Melihat Keadaan kami" (20:29-35)
Kisah Nabi Musa memohon teman dari Allah untuk membantu menguatkannya membuktikan betapa kita sebagai manusia sangat memerlukan teman untuk menemani dalam urusan hidup seharian dan juga untuk sama-sama beribadat kepada Allah. Bukankah seorang anak Adam itu akan lebih bersungguh-sungguh mengejar redhaNya dan meningkatkan segala amal apabila mempunyai teman yang seiring dan sejalan?
Saidina Umar mengatakan, "Tiada satu kebaikan pun yang dianugerahkan kepada seorang hamba sesudah Islam, selain saudaranya yang soleh. Apabila seseorang di antara kamu merasakan sentuhan kasih sayang dari saudaranya, maka hendaklah ia berpegang kepadanya" Malah, Saidina Umar meminta kita 'berpegang kepadanya', iaitu bermakna tidak melepaskan dan menghargai teman tersebut kerana kita sebenarnya dianugerahkan kebaikan yang sangat besar apabila dikurniakan teman yang soleh.
Namun, berusahakah kita untuk menjadi SAHABAT ke syurga kala mencari teman ke syurga? Jadikah kita sahabat yang baik yang sentiasa mengajak teman kita kepada kebaikan, yang sentiasa mengingatkan teman kita akan janji-janji Allah, yang menunjukkan kepada teman kita qudwah yang baik? MENJADI TEMAN KE SYURGA Menjadi teman ke syurga dan mencari teman ke syurga, segalanya hanya berlaku apabila asasnya didasari taqwa yang kuat. Taqwa kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa, dengan ketaqwaan yang layak bagiNya.
"Hai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah dengan sebenar-benar taqwa kepadaNya" (3:102)
Ayat ini mengisyaratkan kepada kita untuk membiarkan hati kita berusaha keras mencapai taqwa menurut batas kemampuan yang ada pada dirinya. Setiap kali ia mendekat kepada Allah dengan ketaqwaan maka akan terbukalah hatinya untuk berusaha mencapai kedudukan yang lebih tinggi dari apa yang telah dicapainya, dan merindukan darjat yang ada di atas apa yang telah diraihnya lalu selalu memandang ke arah kedudukan yang lebih tinggi lagi.
Muhammad Ahmad Rasyid mengatakan "ketinggian itu hanya boleh diraih dengan kelelahan", memberitahu kepada kita bahawa kita perlu berusaha bersungguh-sungguh utk mendapat darjat ketinggian taqwa di sisi Allah. Apa kaitan taqwa dan teman ke syurga? Taqwa dalam diri sahaja yang akan mendorong seseorang mencari teman ke syurga, menemaninya dalam kehidupan siang harinya, mendampinginya dalam ibadah malamnya. Dan seseorang yang benar-benar meletakkan taqwanya kepada Allah sahaja akan bersungguh-sungguh (sehingga kelelahan tetapi) terus ingin meningkatkan darjatnya di sisi Allah dan dia benar-benar memerlukan teman untuk menguatkan urusan siang dan malamnya, sebagai hamba, dan khalifah. Ciri taqwa ini akan menjadikan dirinya sendiri adalah seorang teman ke syurga, lantas dia layak untuk mendapat teman ke syurga yang hanya didapati melalui anugerah dari Allah. Teman yang akan sentiasa mengingatkan, tatkala kelelahan, akan janji yang menjadi asas perhubungan ini, asasnya hanya kerana Allah, lantas itu kita menjadi "menjadi teman ke syurga".
Kita bertemu atas kesungguhan dan ikrar kita pada jalan Allah, dan perpisahan kita pun hanyalah kerana Allah juga kerana walau apapun matlamat kita hanya satu, meraih syurgaNya. "Didiklah diri kamu kepada cinta pada Allah, bermula pada diri kamu. Tingkatkan penghayatan diri kamu pada cinta pada Allah, berusaha membaiki dan meningkatkan diri kamu menjadi hamba Allah yang lebih taat, nescaya kamu akan menjadi teman ke syurga dan Allah akan mengurniakanmu teman ke syurga."
Marilah sejenak kita mengambil pengajaran dari Hadith Qudsi, dari Allah, Pencipta dan Pemilik kasih sayang dan cinta, yang menitipkan kasih sayang antara hati-hati, yang mengekalkan ikatan antaranya, yang memperteguhkan janji ikrar mereka untuk menjadi 'teman ke syurga', mencari redhaNya yang Esa, Pemberi Segalanya, Allah Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. "CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mencintai kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling bersilaturahim kerana Aku, CintaKu mesti mesti bagi orang yang saling menasihati kerana AKu, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling mengunjungi kerana Aku, CintaKu mesti bagi orang-orang yang saling memberi kerana Aku" (Hadith Qudsi) Lihatlah betapa Allah menjanjikan cintaNya yang Maha Agung kepada "teman ke syurga". Besarnya kemuliaan Allah janjikan kepada mereka yang mendasari perhubungan kerana sama-sama mahu mengejar redhaNya, menjadi teman ke syurga lantas dikurniakan teman ke syurga.
Sabtu, 12 Julai 2014
Sabtu, 5 Julai 2014
Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan
Jenazah Sharifah Aini selamat dikebumikan

Turut mengiringi jenazah ke tanah perkuburan ialah ahli keluarga termasuk anak tunggalnya, Aliff Omar Ali; sanak saudara dan rakan artis antaranya Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, Datin Umie Aida, Rohana Jalil, Herman Tino, Khadijah Ibrahim dan penulis lirik dan lagu, LY dan Baiduri serta Presiden Yayasan Artis Satu Malaysia, Datuk DJ Dave.
PEMERGIAN DATUK SHARIFAH AINI
Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini meninggal dunia pada jam 1.26 pagi tadi di Pusat Perubatan Pakar Damansara.
Kuala Lumpur: Biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar, 61, meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi ini.
Sharifah menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira jam 1.26 pagi ini.
Isnin lalu, Sharifah dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) selepas mengadu sukar bernafas.
Penyanyi yang terkenal dengan lagu Terbang Helang dan Seri Dewi Malam itu dibawa ke hospital untuk menerima rawatan oleh anak lelaki tunggalnya, Omar Ali selepas mengalami masalah penafasan.
Dilahirkan pada 2 Julai 1953, Sharifah Aini memulakan kerjaya nyanyian selepas menjuarai Bintang RTS di Singapura pada tahun 1968, membawakan lagu Tiga Malam.
Allahyarham seterusnya dilamar syarikat rakaman EMI pada tahun 1969 dan merakamkan album pertama, Seri Dewi Malam yang mendapat sambutan hebat. Pernah menghasilkan hampir 100 album, termasuk tujuh album bahasa Inggeris. anak didik Datuk Ahmad Nawab itu menjadi anak seni pertama yang menerima gelaran superstar.
Sumbangan besarnya terhadap industri hiburan negara dihargai apabila menerima Pingat Panglima Jasa Negara yang membawa gelaran Datuk oleh Yang Di Pertuan-Agong, Sultan Syed Sirajjudin Putra Jamalullail pada tahun 2003.
Hasil perkahwinannya dengan Ali Bakar pada tahun 1981, arwah dikurniakan seorang anak lelaki . Perkahwinan mereka hanya bertahan setahun dan Sharifah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dengan seoran ahli korporat bergelar Datuk tetapi bercerai pada tahun 1992.
Jenazah akan dibawa ke Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail untuk penghormatan terakhir sebelum dikebumikan selepas Zuhur.
Selasa, 1 Julai 2014
HIDUP BIAR BERBAKTI
Assallamualaikum dan salam sejahtera.
Sebagai mukadimah pembuka bicara, dengan rasa rendah dirinya saya perkenalkan diri. bukan seorang yang cerdik pandai berkelulusan tinggi tahap cendiakawan atau pakar Profesional dalam sesuatu bidang. Jauh sekali diri ini mempunyai sebarang pengiktirafan pendidikan.
Hidup saya hanyalah bersandarkan ilmu dari pengalaman, itulah universiti saya! Saya berusaha dengan tenaga empat kerat untuk melalui detik usia selagi masih bernyawa. Akal dan tenaga saya perah demi membina masa depan yang tak tahu penghujungnya. Saya merangsang kesungguhan jiwa mencari peluang sebagai bekalan untuk meneruskan kehidupan.
Saya pernah melalui perceraian, kemiskinan dan tekanan hidup yang amat sukar. Usia muda miskin tanpa kelulusan menyukarkan bagi saya mencari rezeki. Sehinggakan ingin menyuap makanan sehari sekali pun saya terpaksa berkira-kira.
Mendahulukan keperluan anak-anak seperti makanan, ubatan dan pelajaran mereka menjadi lebih utama dari kepentingan diri saya sendiri. Nikmat makan, pakaian dan keseronokkan hidup memang tidak ada untuk diri sendiri.
Saya sanggup mati, berkerja bersungguh-sungguh dan keluar berkerja, berlapar demi mereka. Saat itu tiada keluarga dan teman rapat bersama saat kedaifan. Hanya anak-anak kecil melihat suka duka yang saya lalui. Maha suci Allah yang bijaksana adil menguji hambaNya. Menciptakan saya dengan sifat yang sempurna tidak cacat anggota dan tidak pula cacat pemikiran.
* Tak mati dek puji – tak hidup dek keji.
Saya berusaha membetulkan niat dalam semua perbuatan dalam kehidupan seharian. Berfikir sebelum bertindak apakah tujuan sebenar haluan yang saya pilih. Kerana saya paling benci melakukan kesilapan. Ramai orang sempurna tapi sebenarnya mereka cacat kerana tidak menggunakan akal dan dirinya sepenuhnya
Jumaat, 16 Mei 2014
SELAMAT HARI GURU 2014
16 MEI - SEJARAH HARI GURU
Tarikh 16 Mei dipilih sebagai Hari Guru kerana pada tarikh yang sama dalam tahun yang sama 1956, Majlis Undang-Undang Persekutuan Tanah Melayu (Federal Legislative Council ) telah menerima cadangan-cadangan Laporan Jawatankuasa Pelajaran (Report Of The Education Commitee ) sebagai dasar pelajaran negara kita. Dokumen tersebut dikenali sebagai Laporan Razak, telah menjadi Dasar Pelajaran Kebangsaan semenjak hari itu.
1. Menitikberatkan peranan guru dalam pembinaan kebangsaan (termasuk perpaduan dan integrasi), pembangunan negara dan perkhidmatan kepada masyarakat.
2. Menarik perhatian ibu bapa , murid dan orang ramai kepada peranan penting kaum guru dalam masyarakat Malaysia.
3. Memupuk semangat perpaduan ikhtisas dan muhibbah di antara guru.
4. Meninggikan martabat dan taraf guru dalam masyarakat.
5. Memberi peluang untuk memajukan kecekapan guru melalui seminar, persidangan, melanjutkan pelajaran dan sebagainya.
6. Menilai secara objektif peranan guru dengan berlatarbelakangkan Malaysia dan mengambil langkah-langkah supaya peranan itu lebih berkesan.
Tema hari guru
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2007 Guru Penjana Modal Insan Cemerlang
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2010 Guru Pembina Negara Bangsa
2011 Guru penjana transformasi pendidikan negara
2012 Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Isnin, 14 April 2014
E-FILING : BULAN PUNGUTAN CUKAI KINI KEMBALI....
Salam sejahtera. Bulan pungutan cukai kembali lagi.Kali ini topik yang diceriterakan adalah Borang CP 8A -Pindaan 2008 atau lebih dikenali sebagai Borang EA bagi kakitangan Swasta dan juga Borang EC bagi Agensi Kerajaan. bagi yang telah lama bekerja pastinya Borang EA/EC sudah tidak asing lagi buat mereka. Walaubagaimanapun pada tahun ini diperkenalkan Borang EA Pindaan 2008 selaras dengan Bajet 2009 yang dibentangkan di Parlimen.
Kalau kita bandingkan Borang EA /EC Pindaan 2008 dengan Borang EA/EC tahun terdahulu ada beberapa perbezaannya. Antaranya seperti berikut.
Di bahagian A Butiran Pekerja tiada lagi ruangan butiran suami bagi wanita yang telah berkahwin.
Bahagian B Pendapatan Penggajian Manfaat dan Tempat Kediaman pula hanya menyenaraikan pendapatan yang dikenakan cukai sahaja. manfaat dan Prequisit yang dikecualikan di dalam Bajet 2009 tidak disenaraikan disini.
Segala Elaun Manfaat dan Prequisit yang dikecualikan cukai cuma akan disenaraikan di bahagian G. Jadinya untuk isi borang nyata cukai (Borang BE) di ruangan pendapatan penggajian cuma perlu masukkan jumlah bahagian B sahaja dengan tanpa masukkan nilai sen.
Senang kan? Takperlu pikir lagi elaun ni kena cukai ke tidak. Kalau dah masuk bahagian B kirala sekali dalam pendapatan yang boleh dicukai.
Sekarang ni dah masuk bulan Mac. Pastinya bulan ni Majikan sudah edarkan Borang EA /EC masing-masing. jadi kalau dah terima borang EA/EC bolehla e-filing.
Sepertimana tema Bulan Perkhidmatan Pembayar Cukai tahun ini
Cukai dihujung Jari anda. Jom e-filing
Khamis, 27 Mac 2014
Langgan:
Catatan (Atom)